• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jaecoo Malaysia Serah 500 Unit SUV Premium J7 AWD kepada Pengedar

Jaecoo Malaysia Serah 500 Unit SUV Premium J7 AWD kepada Pengedar

August 13, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


JAECOO Malaysia mengumumkan penyerahan 500 unit kenderaan utiliti sukan (SUV) Jaecoo J7 varian pacuan semua roda (AWD) kepada wakil pengedar selepas melancarkan model itu pertengahan Julai lalu.

Penghantaran SUV sama versi pacuan dua roda (2WD) pula akan dibuat menjelang September depan.

Sebagai makluman, J7 AWD ditawarkan pada harga RM148,800 seunit, manakala varian 2WD berharga RM138,800 seunit. Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Leo Chen berkata;

Ternyata tahun ini ialah tahun hebat buat Jaecoo, bermula tempoh previu yang menarik perhatian ramai, dan seterusnya membawa kepada sambutan luar biasa pada pelancaran rasmi SUV J7.

"Kami teruja untuk menyerahkan 500 unit pertama SUV J7 kami dan sudah tentu seronok untuk memberi peluang kepada pelanggan memandu SUV kegunaan lasak premium terhangat di Malaysia."

Naib Persiden Jaecoo Malaysia, Emily Lek menambah;

Tumpuan kami adalah mengekalkan momentum kukuh bagi memenuhi pesanan yang dibuat untuk J7 pada bulan-bulan akan datang.

"Kami juga berbesar hati berkongsi rangkaian kami bersedia untuk membawakan pengalaman pelanggan premium yang berpegang kepada falsafah jenama 'From Classic, Beyond Classic', dari saat penyerahan kenderaan kepada perkhidmatan selepas jualan."

Varian Jaecoo J7 didatangkan dengan waranti tujuh tahun atau perbatuan 150,000km (mana satu tiba dulu). Jaecoo Malaysia kini memiliki pengedar di 35 lokasi seluruh negara, sebuah kilang pengeluaran dan gudang alat ganti tulen.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Chery Corporate Malaysia (CCM), Emily Lek, JAECOO Malaysia, Leo Chen, Roda4, SUV premium

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev