• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tinggal 10 Hari Lagi Pertemuan Tesla-MITI...

Tinggal 10 Hari Lagi Pertemuan Tesla-MITI...

August 12, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SATU pertemuan antara wakil ibu pejabat Tesla di Amerika Syarikat dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan diadakan pada 22 Ogos ini.

Pertemuan itu akan membincangkan rancangan selanjutnya mengenai pelaburan Tesla di Malaysia. Satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas selesai pertemuan tersebut.

Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata;

Berkaitan isu mengenai kilang Tesla (di Thailand) yang hangat diperkatakan ketika ini. Setakat ini, maklumat yang diterima hanya laporan daripada pihak ketiga dan bukan daripada sumber rasmi Tesla.

"Namun, untuk berlaku adil kepada Tesla, mereka tidak pernah berjanji untuk membuka kilang di sini."

Tengku Zafrul turut menegaskan bahawa persetujuan dengan Tesla sebelum ini adalah untuk melabur dalam ekosistem pengecasan, penyelidikan dan pembangunan serta sektor lain yang berkaitan.

Beliau menyatakan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas pertemuan dengan wakil Tesla dan memastikan komitmen yang dijanjikan sebelum ini akan terus dipenuhi.

Bernama melaporkan Tengku Zafrul berkata:

Namun, saya ingin mengetahui apakah rancangan mereka seterusnya. Buat masa ini, perkhidmatan pusat servis Tesla sedia ada akan terus beroperasi seperti biasa."

Tesla sudah membangunkan empat pusat pengalaman di Malaysia dan melepasi sasaran memasang 50 unit pengecas selepas  membangunkan 52 unit pengecas pantas berkapasiti lebih 180kW di beberapa lokasi seperti di Lembah Klang, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Pahang.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kementerian Pelaburan, Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Tesla Kilang Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev