• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KDN Pandang Serius Jumlah Kemalangan Tinggi Motosikal

KDN Pandang Serius Jumlah Kemalangan Tinggi Motosikal

August 12, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) memandang serius kebimbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu jumlah kemalangan tinggi melibatkan penunggang motosikal negara ini.

Sebagai permulaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan akan meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan kempen kesedaran sebagai strategi mengurangkan kes kemalangan maut.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan sudah berbincang dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung perkara itu.

Saifuddin berkata;

Perdana Menteri ada menyampaikan perkara itu ketika mesyuarat Kabinet minggu lepas dengan pengarahan khusus kepada dua pihak (iaitu).

“Yang pertama, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Jalan Raya dan kedua khusus kepada KDN (Kementerian Dalam Negeri), saya kemudian peringkat pasca-Kabinet.

“Kami di KDN menyampaikan terus kepada PDRM berkenaan perkara ditimbulkan dan saya bincangkannya dengan Bahagian Trafik Bukit Aman dan Tan Sri Razarudin, iaitu balik semula kepada asas (dengan mengadakan) kempen kesedaran jalan raya pada peringkat sekolah, akar umbi dan komuniti untuk menanganinya kerana apabila ada kesedaran (jalan raya) secara tak langsung wujud soal kepatuhan terhadap undang-undang.”

Saifuddin menjelaskan KDN akan melihat semula peruntukan undang-undang yang digunakan dalam usaha mengurangkan jumlah kemalangan melibatkan penunggang motosikal.

Beliau berkata;

Kita juga akan tingkatkan aspek penguatkuasaan antaranya pengeluaran saman dan berdasarkan rekod, anggaran keseluruhan saman yang dikeluarkan setakat ini mencecah nilai kompaun berjumlah RM2.18 bilion.

“Sekiranya nilai saman ini dijadikan indikator, ia membuktikan jumlah saman yang dikeluarkan memang tinggi, tetapi pada masa sama, kadar kemalangan motosikal juga bertambah.”

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, isu kemalangan jalan raya, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tan Sri Razarudin Husain

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev