• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bapa Kanak-Kanak 12 Tahun Pandu Viva Mengaku Tidak Bersalah

Bapa Kanak-Kanak 12 Tahun Pandu Viva Mengaku Tidak Bersalah

August 8, 2024 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


BAPA kepada kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang tular kerana memandu Perodua Viva bersama tiga adiknya, dihadapkan ke Mahkmah Sesyen di Sepang, semalam.

Tertuduh berusia 53 tahun itu berdepan dakwaan mengabaikan dan bertindak cuai yang mendedahkan anak lelakinya kepada kecederaan fizikal, bulan lalu.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas dakwaan dibacakan di depan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh ialah warga Pakistan yang juga pemegang kad pemastautin tetap (MyPR) dan bapa kepada lima anak yang bekerja sebagai penjual karpet. Kesalahan kanak-kanak itu dilakukan di sebuah taman perumahan di Taman Putra Impiana, Puchong, dekat Sepang pada jam 7.30 petang, 28 Julai lalu.

budak-12-tahun-pandu-viva-1
budak-12-tahun-pandu-viva-2

Tertuduh didakwa bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) dengan hukuman Seksyen 31(1) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun, atau kedua-dua sekali.

Tertuduh ditawarkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Terdahulu tular video satu minit 49 saat seorang wanita menahan sebuah Viva dipandu anak tertuduh yang turut dinaiki dua kanak-kanak.

Dalam rakaman itu, kereta terbabit dipandu laju ketika melalui bonggol di depan sebuah rumah sebelum diarah perakam supaya berhenti.

SUMBER: HMetro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Abai Kanak-Kanak, Auto Terkini, Kanak-Kanak 12 Tahun Pandu Viva, Perodua Viva, tular

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev