• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / #TahukahAnda: Inilah Tujuh Fungsi Utama Kamera Ekin Spotter yang Gantikan AES Lama

#TahukahAnda: Inilah Tujuh Fungsi Utama Kamera Ekin Spotter yang Gantikan AES Lama

August 9, 2024 By Shawkath Leave a Comment

85
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAMERA pintar Ekin Spotter bukan terbatas untuk skop penguatkuasaan undang-undang dan pengawasan trafik, tetapi boleh dikembangkan keperluan untuk pemantauan persekitaran seperti kualiti udara.

Ekin Spotter menjadi popular di Malaysia berikutan kamera itu dipilih sebagai model pengganti kepada kamera AwAS (AES) yang rosak untuk ditukar ganti.

Merujuk spesifikasi Ekin Spotter, kamera pengawasan pintar itu mampu merekod halaju kenderaan hingga 320kmj dan 'memerhati' hingga enam lorong kenderaan dwi-hala serta boleh dipertingkat kepada 12 lorong!

Menariknya, Ekin Spotter boleh dikustom mengikut keperluan pengguna dengan menawarkan tujuh fungsi kegunaan utama seperti berikut:

PENGECAMAN NOMBOR PLAT

  • Mampu mengimbas setiap nombor pendaftaran kenderaan dalam medan penglihatannya (field of view) menggunakan teknologi pengecaman nombor plat berasaskan video.
  • Mampu membuat pengecaman nombor plat secara automatik untuk kenderaan yang bergerak dari arah depan, belakang atau parkir.
  • Teknologi dengan sambungan kepada pangkalan data boleh mengenal pasti kenderaan dikehendaki atau dilaporkan hilang.

PENGUATKUASAAN HALAJU

  • Pengesanan kelajuan kenderaan secara automatik untuk semua kenderaan yang berada dalam medan penglihatan kamera.
  • Halaju boleh dilaras untuk setiap lorong trafik.
  • Merekodkan saman kesalahan secara automatik.
  • Mampu menjana laporan maklumat berhubung kesalahan dilakukan pemandu.

PENGURUSAN PARKIR

  • Mengesan kesalahan parkir di zon parkir khas.
  • Menghasilkan laporan berhubung maklumat kesalahan dilakukan pemandu.

PEMANTAUAN VIDEO

  • Pemantauan 24 jam tujuh hari seminggu dan merekod video.
  • Rakaman video beekualiti dedinisi tinggi (HD) sama ada siang atau malam, termasuk dalam cuaca buruk.

PENGUATKUASAAN LAMPU ISYARAT MERAH

  • Merakam video dan imej resolusi tinggi untuk semua kesalahan lampu merah.
  • Menghasilkan saman atau laporan rasmi mengandungi maklumat kesalahan secara automatik.
  • Tiada sambungan kabel diperlukan
  • Memanfaatkan analitik video untuk mengesan status lampu isyarat

PENGURUSAN TRAFIK TERMAJU

  • Mengesan salah laku mengekor secara rapat.
  • Kesalahan menggunakan lorong bas atau lori.
  • Mengesan kesalahan memandu perlahan.
  • Mengesan kesalahan menggunakan lorong kecemasan.
  • Mengesan salah guna lorong kelas kenderaan.
  • Mengesan pemanduan lawan arus.
  • Mengesan objek atas jalan untuk kenderaan, parkir atau pejalan kaki.
  • Mengesan kemalangan.
  • Mengesan brek mengejut secara mendadak.
  • Penguatkuasaan purata halaju antara kamera. Ekin Spotter dan mana-mana sistem mudah alih.

ANALISIS PERSEKITARAN BANDAR PINTAR

  • Indeks kualiti udara.
  • Mengesan suhu.
  • Mengesan kelembapan.
  • Mengesan karbon monoksida.

Related

85
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: Auto Terkini, Ekin Spotter, Kamera AES Ekin Spotter, kamera pengawasan peraturan jalan raya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev