• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Porsche Panamera Turbo S E-Hybrid 2025, Inilah Panamera Paling Berkuasa di Nurburgring!

Porsche Panamera Turbo S E-Hybrid 2025, Inilah Panamera Paling Berkuasa di Nurburgring!

August 6, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


PADA 15 Julai lalu, Porsche mengumumkan varian baharu Panamera berjaya mencatat rekod di litar Nürburgring Nordschleife yang tidak dinyatakan secara spesifik sehinggalah Porsche Panamera Turbo S E-Hybrid 2025 diperkenal tiga hari selepas pengumuman itu dibuat.

Porsche Panamera Turbo S E-Hybrid 2025 diletakkan pada kedudukan tertinggi dalam siri Panamera sebagai model paling berkuasa, terpantas dan paling mewah.

Model itu juga memegang rekod baharu dalam kedudukan rasmi kereta dengan enjin pembakaran dan sedan hibrid mewah terpantas di Nürburgring Nordschleife.

Porsche Panamera Turbo S E-Hybrid dijana enjin 4.0L V8 biturbo dipertingkat yang sebelum ini diguna pada Panamera Turbo E-Hybrid.

Enjin itu disediakan bagi memenuhi peraturan ketat emisi Euro7, dan antara perubahan dilakukan adalah menggantikan pengecas turbo skrol kembar, kepada skrol tunggal bagi memendekkan fasa pemanasan penukar bermangkin.

Transmisi dual-klac Porsche (PDK) 8-kelajuan juga direka semula bagi menampung daya tujah Panamera Turbo S E-Hybrid.

Trenkuasa dan Prestasi

  • Enjin V8 berkuasa 599ps (596hp), motor elektrik berkuasa 140kW (187hp).
  • Motor elektrik disepadukan dalam perumah dan litar penyejukan PDK.
  • Berbanding model terdahulu, kuasa meningkat 75kW (100hp) kepada 575kW (771hp).
  • Daya kilas meningkat 150Nm kepada 1,000Nm.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 2.9 saat.
  • Kelajuan maksimum 325kmj.
  • Jarak pemanduan elektrik lebih jauh, tempoh pengecasan lebih pantas dan tindak balas lebih responsif.
  • Bateri 25.9kWj (kasar) menyimpan 45 peratus lebih tenaga berbanding model terdahulu.
  • Jarak pemanduan elektrik hingga 88km menurut prosedur ujian kenderaan ringan harmoni sedunia (WLTP).
  • Pengecas AC terbina dalam 11kW mengambil masa 2 jam 39 minit untuk mengecas 0-100 peratus.

Rekabentuk

  • Bampar depan dan belakang berbeza.
  • Muncung ekzos krom dalam warna dark bronze (gangsa gelap).
  • Brek komposit seramik Porsche Ceramic Composite Brake (PCCB) dengan kaliper kuning dan pilihan Acid Green (hijau).

  • Warna badan Turbonite, khas untuk model Turbo yang diguna pada bilah udara bampar depan, garisan bampar belakang dan rim tempa 21 inci dengan hab tengah.
  • Warna Turbonite juga diguna pada aksen kabin, tali keledar, suis kawalan stereng dan konsol tengah.
  • Pelapik bumbung balutan Race-Tex seakan sued.

Kit Aero Karbon dan Tayar Litar

  • Prestasi di Nürburgring dibantu Kit Aero Karbon baharu dan tayar ultra prestasi tinggi (UHP) yang dibangunkan khas Michelin.
  • Kit Aero ini ditawarkan untuk Panamera Turbo dan Turbo S E-Hybrid.
  • Terdiri daripada bilah udara, skirt sisi dan difuser belakang karbon yang berfungsi mengoptimum keseimbangan aerodinamik di litar lumba.
  • Lip spoiler bampar menyahkan daya angkat bahagian depan, dan direka bagi menjana daya mendap (downforce) bersama flap Gurney pada spoiler adaptif empat arah.
  • Pada halaju 200kmj, daya mendap dipertingkat sebanyak 60kg.
  • Tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 dibangunkan khas untuk Panamera dan situasi pemanduan dinamik, bersaiz 275/35 ZR 21 (depan), dan 325/30 ZR 21 di belakang.

Pengendalian dan Suspensi

  • Suspensi Porsche Active Ride sebagai ciri standard.
  • Dipadan bersama sistem 400V.
  • Setiap absorber dilengkapi pam hidraulik elektrik untuk menjana daya dalam arah lantunan (rebound) atau mampatan (compression) secara aktif.
  • Suspensi ini menampung hampir sepenuhnya pergerakan badan dan mengekalkan kereta dalam keadaan melintang atau tegak ketika pemanduan dinamik.
  • Lagi komponen tersedia ialah belokan gandar belakang, sistem brek PCCB dengan cakera brek 440mm di depan dan cakera brek 380mm (belakang).

Rekod di Nürburgring

  • Pemandu uji Porsche, Lars Kern menamatkan pusingan di Nürburgring Nordschleife dengan jarak 20.832km dalam masa 7 minit 24.172 saat pada 12 Julai.
  • Ini ialah rekod terpantas dalam kelas sedan dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) dan hibrid dalam ranking Nürburgring 1927 GmbH & Co KG.
  • Memecahkan rekod sedia ada dengan kelebihan masa 3.62 saat.
  • Dilengkapi rangka keselamatan dan kerusi lumba.
  • Kern turut mencatat rekod Nordschleife pada 2016 dan 2020, juga dengan Panamera.
  • Rekod 2024 adalah 5.64 saat lebih pantas berbanding rekod 2020 menggunakan Panamera Turbo S.
Porsche Panamera Turbo S E-Hybrid 2025.01
Porsche Panamera Turbo S E-Hybrid 2025.02
Porsche Panamera Turbo S E-Hybrid 2025.03
Porsche Panamera Turbo S E-Hybrid 2025.04
Porsche Panamera Turbo S E-Hybrid 2025.05
Porsche Panamera Turbo S E-Hybrid 2025.06
Porsche Panamera Turbo S E-Hybrid 2025.07
Porsche Panamera Turbo S E-Hybrid 2025.08
Porsche Panamera Turbo S E-Hybrid 2025.09
Porsche Panamera Turbo S E-Hybrid 2025.10
Porsche Panamera Turbo S E-Hybrid 2025.11

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Lars Kern, Litar Nurbugring, Porsche, Porsche Panamera, Porsche Panamera Turbo S E-Hybrid, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev