• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Varian Baharu Porsche Panamera Catat Rekod Nürburgring!

Varian Baharu Porsche Panamera Catat Rekod Nürburgring!

July 15, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


JIKA anda mahukan kereta prestasi yang boleh memuatkan empat penumpang dewasa, Porsche Panamera mungkin boleh dipertimbang dengan model baharu generasi ketiga sudah dilancar pada harga bermula RM1.3 juta.

Terbaharu, Porsche mengumumkan model perdana Panamera berjaya mencipta rekod di Nürburgring Nordschleife pada 12 Julai lalu.

Varian baharu yang belum dilancarkan itu dipandu pemandu uji Porsche, Lars Kern dengan catatan masa 7:24.172 minit.

Catatan itu 5.64 saat lebih pantas berbanding model setara daripada generasi terdahulu, dan ada media menjadikan Panamera Turbo S sebagai contoh.

Memandangkan banyak pengeluar mencatat masa terpantas, rekod Panamera dibuat untuk kategori kereta mewah dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) dan hibrid.

Kern bukan asing dalam mencipta rekod kerana beliau pernah mencatat rekod di Nordschleife pada 2016 dan 2020, juga menggunakan Panamera.

Apakah faktor yang menyumbang kepada rekod di Nurburgring?

  • Enjin 8-silinder dengan bantuan elektrik seperti aerodinamik, casis dan tayar ultra prestasi tinggi daripada Michelin.
  • Ciri Porsche Active Ride menambah baik prestasi dengan ketara.
  • Bagi melindungi pemandu, frem keselamatan dipasang, termasuk kerusi lumba, manakala bahagian roda menggunakan set tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 saiz 275/35 ZR 21 di depan dan 325/30 ZR 21 (belakang) yang dibangunkan khusus untuk Panamera.
  • Carbon Aerokit ditawarkan sebagai pilihan pembelian dan berfungsi menghalang kesan angkatan bahagian depan.
  • Daya mendap dihasilkan gabungan gurney flap (muncung ke atas) pada spoiler belakang adaptif empat arah.

Sebagai rujukan, Panamera Turbo E-Hybrid yang dilancarkan sebelum ini dijana enjin hibrid 4.0L V8 turbo berkuasa 680ps (677hp) dan tork 930Nm.

Berdasarkan rekod dibuat, varian baharu ini menawarkan prestasi dan dinamika lebih padu dan hebat.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Nürburgring, Porsche, Porsche Panamera

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev