• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Perak Lelong 50 Unit Kenderaan, Hasil Jual RM129,800

JPJ Perak Lelong 50 Unit Kenderaan, Hasil Jual RM129,800

July 31, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak mengadakan lelongan 50 unit kenderaan pelbagai jenis yang disita sepanjang operasi dengan merekodkan hasil jualan RM129,800.

Seramai 98 pembida mengambil bahagian dalam lelongan itu yang diadakan di Pejabat JPJ Perak, berlangsung dari jam 9 pagi tadi.

Timbalan Pengarah JPJ Perak, Ab Aziz Awang Teh berkata, bidaan tertinggi sepanjang lelongan tersebut melibatkan lori jenis Hino bernilai RM25,300, manakala kapcai Honda C70 bernilai RM50 pula menjadi bidaan paling rendah.

Bagi siri lelongan kali ini melibatkan 13 kereta, 28 motosikal, sebuah van, empat lori, dua bas dan masing-masing sebuah pikap dan semi treler.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 24 kenderaan tidak boleh dilesenkan dan lapan kenderaan klon.”

Bagi jumlah keseluruhan harga rizab ialah RM61,400 dan paling tinggi bernilai RM22,400, manakala paling rendah bernilai RM50.

Pembida yang berjaya membida kenderaan perlu menyelesaikan urusan pertukaran hak milik dalam tempoh tujuh hari dari tarikh lelongan di bawah Seksyen 13 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

SUMBER: Kosmo

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Jualan lelong kenderaan sita

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my