• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely Auto Group Catat Jualan Lebih 41 Peratus Sepanjang Enam Bulan Pertama 2024!

Geely Auto Group Catat Jualan Lebih 41 Peratus Sepanjang Enam Bulan Pertama 2024!

July 31, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


DALAM tempoh enam bulan pertama 2024, Geely Auto Group membuat serahan kenderaan 955,730 unit yang menyaksikan lonjakan 41 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Jualan antarabangsa di luar China mencatat prestasi memberangsangkan dengan jualan eksport 197,428 unit atau pertumbuhan lebih 67 peratus.

Pertumbuhan itu pencapaian bersejarah buat syarikat kerana mendorong Kumpulan meningkatkan sasaran eksport tahunan daripada 330,000 kepada 380,000 unit kenderaan.

Geely Auto kini berada dalam kelompok tiga teratas jenama kenderaan China di 14 negara seperti Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Filipina.

Model perdana Geely Auto, iaitu Monjaro (foto atas) mencatatkan rekod baharu jualan pasaran luar negara Geely dengan menerajui segmennya di lima pasaran.

Emgrand (foto atas kiri) juga mencatatkan prestasi cemerlang di luar China dengan menduduki tangga teratas jualan di lima pasaran.

Okavango (foto atas kanan) yang dilancar di Kazakhstan pada Mei lalu diterima baik dan berada di ranking tiga teratas jualan dalam segmen pada bulan sama dilancarkan.

Dari Januari hingga Jun 2024, Geely Auto Group menambah 120 pusat jualan dan penyelenggaraan baharu serata dunia. Syarikat kini mengendalikan lebih 650 pusat jualan dan penyelenggaraan di 76 negara serata dunia.

Setakat hari ini, Geely Auto Group menubuhkan tiga subsidiari di Eropah Timur, Timur Tengah dan Amerika Latin serta akan terus meluaskan perniagaan di lima rantau utama iaitu Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah dan Asia Pasifik.

Geely Okavango

Geely Auto Group juga sedang giat meluaskan perniagaan di pasaran baharu seperti Australia, New Zealand, Indonesia dan Vietnam.

2024 menjadi tahun penting dalam peluasan antarabangsa Geely Auto Group yang boleh dilihat menerusi penambahan sasaran jualan.

Sebelum ini, Zhejiang Geely Holding Group (Geely Holding) pada 8 Julai lalu memaklumkan jualan jenama automotif di bawahnya, iaitu Geely Auto, Lynk & Co, Zeekr, Volvo Cars, Polestar, Proton, Lotus, smart, Radar, LEVC dan Farizon dalam tempoh enam bulan pertama mencatatkan 1,493,715 unit, meningkat 25 peratus.

Jualan luar China juga baik, iaitu 587,271 unit, iaitu peningkatan 22 peratus berbanding tempoh sama pada 2023. Tahun lalu, jenama automotif Geely Holding mencatatkan jualan agregat 2.79 juta unit kenderaan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Geely, GEELY Auto Group, Zhejiang Geely Holding Group, Zhejiang Geely Holding Group (Geely Holding)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev