• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BSH Perkenal Dua Warna Baharu Honda Rebel 2024, Harga RM33.8k!

BSH Perkenal Dua Warna Baharu Honda Rebel 2024, Harga RM33.8k!

July 29, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


BOON Siew Honda (BSH) menambah dua lagi pilihan warna baharu untuk cruiser Honda Rebel (CMX500) 2024 iaitu Mat Laurel Green Metallic (hijau) dan Seal Silver Metallic (perak).

Warna lama (2023) yang dikekalkan ialah Mat Gunpowder Black Metallic (hitam). BSH turut mengumumkan harga Rebel baharu, iaitu RM33,899, tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Harga itu adalah sama seperti tahun lalu, tetapi meningkat RM1,000 jika dibandingkan pengumuman pernah dibuat pada 2020 dan 2021. Aspek mekanikal dan perincian kekal sama, iaitu:

  • Enjin 4-lejang 8-injap dwi-silinder sebaris 471cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 45.6hp @ 8,500rpm dan tork 43Nm @ 6,000rpm.
  • Transmisi manual 6-kelajuan jenis klac hidraulik dengan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S).
  • Fork teleskopik 41mm (depan) dan absorber kembar Showa di belakang untuk kualiti tunggangan lebih baik.
  • Sistem henti menggunakan brek cakera tunggal pada kedua-dua roda.
  • Saiz rim 16 inci dengan tayar 130/90 di depan dan 150/80 (belakang).
  • Sistem lampu jenis kluster kiub LED
  • Panel meter LCD latar putih dengan indikator gear dan bar petrol.
  • Tinggi pelana 690mm.
  • Jarak tinggi bumi 135mm.
  • Berat 190kg.
  • Kapasiti tangki minyak 11.2 liter.
  • Waranti kilang dua tahun atau 20,000km (mana satu tiba dulu).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), cruiser, Honda Rebel (CMX500), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev