MASA dinanti-nanti akhirnya tiba. Modenas baru saja memperkenalkan lagi tiga model baharu hasil rebadge daripada Bajaj, jenama motosikal paling popular dari India.
Ketiga-tiga model Bajaj itu terdiri daripada naked street bike, race bike dan Cafe Racer. Dua daripadanya menggunakan enjin 200cc manakala satu lagi dipadankan dengan nadi bersesaran 150cc.
Model yang dimaksudkan ialah Modenas Pulsar NS200, Modenas Pulsar RS200 dan cafe racer, Modenas V15.
HARGA
- Modenas V15 - RM5,989
- Modenas Pulsar NS200 - RM9,222
- Modenas Pulsar RS200 - RM11,342
* Harga atas jalan termasuk GST tanpa insurans.
MODENAS PULSAR NS200 & RS200
Model naked street bike (Pulsar NS200) dan race bike (Pulsar RS200) ini masing-masing menggunakan enjin yang sama iaitu SOHC, liquid cooled bersesaran 199cc. Bagaimanapun ia menghasilkan hamburan kuasa berlainan tetapi tork yang sama.
Bagi Modenas Pulsar NS200, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 23.5PS pada 9,500rpm dan tork 18.6Nm (8,000rpm).
Manakala Modenas Pulsar RS200 pula menghamburkan kuasa 24.5PS pada 9,500rpm dan tork 18.6Nm. Kedua-dua model ini menggunakan kotak gear 6-kelajuan.
BACA >>> Inilah Motosikal Rakyat, Modenas Kriss MR2 - Harga RM3,890
MODENAS V15
Berlainan pula dengan Modenas V15. Motosikal cafe racer itu dipadankan enjin bersesaran 150cc yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 12PS pada 7,500rpm bersama tork 13Nm (5,500rpm).
Melihat kepada harga ditawarkan, kami yakin model ini bakal mencetus satu fenomena yang luar biasa. Paling penting, kami berharap pihak Modenas akan terus serius memastikan perkhidmatan selepas jualan berada dalam keadaan terbaik.
GALERI
BROSUR
MODENAS PULSAR NS200
MODENAS PULSAR RS200
MODENAS V15
MOHD DZAHIR BIN MAT REJAB says
Wow terbaiklah...setanding dengan motorbike import ke?
Za8 says
Kualiti import la tu, Import india
KTM owner says
Bajaj ni kira top la jugak, dia own 40% share KTM
Jamidi Boi says
Wow...
Namapaknya ini satu revolusi dan inovasi yang di tunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia termasuklah saya dengan model-model.terbaru daripada Modenas. Syabas Modenas. Mungkin saya akan dapatkan satu untuk kegunaan saya.
Siti Munirah says
Awesome boleh kot kalu nak beli ni...lagi murah dari Benelli....
din uncle says
rasa nya dah cantiik,kena buat sedikit perubahan ,terutamanya lampu belakang,serta exhaus ,body patut slim .mungkin second round,boleh di facelift sikit.
din uncle says
kalau boleh rendah sikit,utk kestabilan ,body agak kasar,bagai mana yg berbadan kecil?
din uncle says
ramai ramai kito pakat beli,demo kena sebis molek sikit,jange wat dok je,
din uncle says
rasanya sedikit berat,pihak modenas kena buat pengubahsuaian ,nak try dulu.kat kedai dah adake?
Faizal says
Bila pengeluaran moto ni?boleh tahan jugak
Zack says
India mari ahahaha low quality
Adam says
hang dah pakai ka?
loceng-maut says
kau tu hasil benih takdak kualiti
Anonymous says
sial er ... saudara aku kat india pakai dekat dgn 10 thn blh tahan .... hang dh guna kah? mcm tahu jah ..... mangkuk lah hang....
Azhar ct110 says
First time tengok kat you tube saya sudah jatuh hati..ni dah mula menabung utk buat down payment..
En Beck says
Ntah le... terbayang mapley pakai.kain pelikat naik motor ni masuk dlm sungai....
Anonymous says
hahahaha ... kelakar do ....
arif aiman says
maaf bertanya kalau bayar bulan berapa harga dia naik modelnas ns200
cucu lope says
Sama sama boss..keep contact..0178899280 no tel sy
Arnold says
Bajaj jenama dari tahun 40an di India & memetrai perjanjian 33 tahun dgn Kawasaki
Awards and recognitions
Bajaj Pulsar 135 LS received Bike of the Year 2010 award from BBC - TopGear and Bike India
Pulsar 220 DTS-Fi received the Bike of the Year 2008 award by all major Indian automobile magazines like Overdrive, AutoCar, Business Standard Motoring and Bike Top Gear
In 2006, Bajaj Auto won the Frost & Sullivan Super Platinum Award for manufacturing excellence in its Chakan Plant
]
It received award for The Most Customer Responsive Company in Automobiles category in a survey conducted by Economic Times for the years 2004, 2006 and 2008
Bajaj Auto received the Bike Maker of the Year award in ICICI Bank Overdrive Awards 2004
Bajaj Pulsar 180 DTS-i won the BBC World Wheels Viewers Choice Two Wheeler of the Year 2003 award