LEXUS Malaysia memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) Lexus RZ 450e Luxury 2024 serba baharu untuk pasaran Malaysia pada harga RM429,888.
Setiap pembelian sedan EV mewah ini dipakejkan bersama waranti kilang lima tahun tanpa had perbatuan, dan waranti bateri lapan tahun tanpa had perbatuan dengan opsyen tambahan dua tahun.
RZ ialah siri Lexus pertama untuk pasaran global yang menawarkan pengalaman pemanduan dinamik bersama rekabentuk unik dan tersendiri.
Ini juga model pertama dibangunkan Lexus sebagai sedan elektrik penuh berasaskan konsep rekabentuk 'SEAMLESS E-MOTION' yang mengambil ilham dinamik haiwan cheetah yang sporty, atletik, dan pantas.
Berikut fakta dan spesifikasi Lexus RZ 450e Luxury 2024:
- Ada enam warna pilihan: Sonic Copper, Sonic Chrome, Graphite Black Glass Flake, Sonic Quartz dan Sonic Iridium, termasuk warna baharu Aether Metallic.
- Dilengkapi sistem audio premium bunyi keliling dengan 13 pembesar suara Mark Levinson Premium Surround Sound System. yang memberikan nada bunyi berkualiti tinggi.
- Dibina berasaskan platform e-TNGA yang dipasang pek bateri litium-ion 71.4kWh.
- Pengecasan AC 11kW menggunakan kabel Type 2, manakala pengecasan DC 150kW menggunakan kabel CCS2.
- Jarak pemanduan untuk cas penuh hingga 440km.
- Dijana trenkuasa dwi-motor berkuasa 150kW (201hp) di depan, dan 80kW (107hp) di belakang untuk output kuasa penuh setinggi 230kW (308hp).
- RZ juga model pengeluaran pertama menggunakan sistem kawalan pacuan semua roda pintar Lexus baharu DIRECT4 yang bekerja dengan dwi-gandar elektrik (e-Axles).
Model ini kini dibuka tempahan dalam unit terhad, cepat dapatkan sekarang di bilik pameran dan pengedar Lexus Malaysia berdekatan anda! 😚
Leave a Reply