TRANSMISI variabel berterusan atau continuously variable transmission (CVT) ialah jenis transmisi automatik yang mampu memberikan banyak kuasa yang berguna, penggunaan bahan api ekonomi dan pengalaman pemanduan lancar berbanding transmisi automatik konvensional.
BAGAIMANAKAH CVT BEKERJA?
Transmisi automatik konvensional menggunakan set gear yang memberikan jumlah nisbah (atau kelajuan) tertentu. Kemudian, transmisi itu akan menganjakkan gear untuk menyediakan nisbah paling sesuai dalam situasi tertentu: Gear rendah untuk mula bergerak, gear pertengahan untuk memecut dan memotong, dan gear tinggi untuk pemanduan ekonomi dengan kelajuan sederhana.
BACA >>> Kenali Jenis Transmisi Motosikal yang Perlu Anda Tahu
CVT pula menggantikan gear dengan dua puli diameter-variabel (variable-diameter pulley). Setiap satu puli berbentuk seperti sepasang kon berlawanan, dengan tali sawat logam (metal belt) atau rantai (chain) yang bergerak di antara kedua-duanya.
Satu puli bersambung dengan enjin (syaf input atau input shaft), dan satu lagi bersambung dengan roda pacu (drive wheel) atau syaf output (output shaft). Setiap bahagian puli adalah boleh gerak (moveable); apabila sebahagian lagi puli dengan tali sawat dikerah supaya dipacu tinggi, ia berkesan menjadikan diameter puli besar.
Penukaran diameter puli dapat mengubah nisbah transmisi (jumlah syaf output berpusing bagi setiap ligatan atau rev enjin). Dengan cara sama, motosikal 10-kelajuan akan memutarkan rantai sepanjang gear besar dan kecil untuk menukar nisbah.
Dengan menjadikan puli input kecil dan puli output besar, nisbah rendah dapat diberikan (jumlah besar rev enjin menghasilkan jumlah kecil rev output) dan ini penting bagi mendapatkan pecutan kelajuan rendah yang lebih baik. Apabila kereta memecut pula, puli akan mengubah diameter untuk merendahkan kelajuan enjin supaya kelajuan kereta dapat ditingkatkan.
Walaupun fungsinya masih sama seperti transmisi konvensional, dan berbeza daripada metod penukaran nisbah secara berperingkat dengan anjakan gear, CVT pula berterusan mengubah nisbah gear, bersesuaian dengan nama diberikan.
MEMANDU KERETA CVT
Kawalan bagi CVT masih sama seperti transmisi automatik konvensional: Dua pedal (minyak dan brek), dan paten anjakan dengan stail P-R-N-D-L. Apabila memandu kereta CVT, anda tidak akan mendengar atau merasai impak anjakan ketika kelajuan enjin dinaikkan atau direndahkan. Ini memberikan kefahaman, kereta CVT mampu memberikan kuasa pecutan lebih baik dalam kelajuan enjin (atau RPM) tinggi, manakala dalam RPM rendah, CVT secara konsep, teori dan teknikal adalah lebih menjimatkan.
Awalnya, ramai pemandu kurang senang dengan CVT disebabkan bunyi yang terlontar. Ini kerana apabila anda menginjak pedal minyak secara kasar, enjin CVT akan mengaum. Situasi itu sebenarnya normal kerana CVT sedang bekerja melaraskan kelajuan enjin untuk mendapatkan kuasa optimum bagi pecutan. Sesetengah CVT diprogramkan untuk menukar nisbah secara berperingkat supaya pemandu masih dapat merasai pengalaman memandu seakan transmisi automatik konvensional.
KELEBIHAN CVT
Asasnya, enjin tidak mampu menjana kuasa tetap pada semua kelajuan. Ada kelajuan tertentu yang mana tork (kuasa kilas), kuasa kuda (kuasa kelajuan) atau kecekapan bahan api berada pada tahap tertinggi. Ini kerana tiada gear yang berhubung terus kelajuan jalan kepada kelajuan enjin diberikan.
Namun, CVT boleh mengubah kelajuan enjin seperti diperlukan untuk mencapai kuasa maksimum, termasuk mendapatkan kecekapan bahan api maksimum. Ini membolehkan CVT memberikan kuasa pecutan lebih pantas berbanding transmisi automatik konvensional dan manual, termasuk penggunaan bahan api ekonomi.
KEKURANGAN CVT
Masalah terbesar CVT ialah penerimaan pengguna. Ini kerana CVT membuatkan enjin meligat (rev) dalam sebarang kelajuan yang mana bunyi dari bonet itu kedengaran agak pelik di telinga pemandu dan ia berbeza berbanding bunyi transmisi manual dan automatik konvensional.
Penukaran beransur-ansur dalam enjin yang berbunyi seakan transmisi bermasalah itu kerap membuatkan pemandu resah. Apatah lagi bunyi tersebut seperti isyarat awal kerosakan kereta transmisi automatik konvensional, sedangkan situasi berkenaan ialah normal bagi kereta CVT.
Selain itu, kereta automatik konvensional mampu memberikan impak kuasa serta merta apabila pedal minyak ditekan rapat ke lantai. Sebaliknya, kereta CVT menghasilkan kuasa yang lebih lembut dan hantaran kuasa pula meningkat secara berperingkat sebelum mencapai tahap maksimum.
Bagi sesetengah pemandu, situasi tersebut membuatkan mereka merasakan kereta bergerak perlahan, sedangkan CVT secara teori dan teknikal adalah lebih baik berbanding automatik konvensional.
Tidak dinafikan banyak pengeluar cuba menghasilkan teknologi CVT yang mampu memberikan karakter seperti transmisi automatik konvensional. Kini, sudah ada banyak CVT yang diprogramkan untuk mensimulasikan kesan 'menendang', sama seperti kereta automatik konvensional apabila pedal diinjak rapat.
BACA >>> Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahu Transmisi Dual-Klac (DCT) Anda Rosak
Sesetengah model CVT turut menawarkan mod manual dengan pedal anjakan (paddle shift) di stereng yang membolehkan CVT mensimulasikan kesan hantaran gear seperti automatik konvensional..
SUMBER: Thoughtco.com
Faiz says
Nk tny, kalo gear bergegar wktu berhenti di traffic light dlm mode gear D, adakah ia normal? Sbb kalau tukar ke N, trus senyap. Skrg pkai Kete Honda city
Mior says
Tuan, sy ada sedikit pertanyaan. Jika sedang memandu dalam mode D, jika sy ingin terus menggunakan mode S (paddle shift), apakah akan mendatangkan sebarang komplikasi?
ABG GYL says
Tiada masalah tuan
May says
En Faiz, kalau bergegar macam tu bukan gear yg rosak. Sebenarnya engine monting yg rosak. Tukar semua engine monting, kereta rasa macam baru.
Rapizi says
Nk tanya,kalau awal pagi masuk gear D tp bila tekan minyak kereta xbergerak. Kena tggu lama sikit baru gear dpt tangkap. Ada masalah besar dgn gearbox ke atau leh selesai ngn tukar minyak gear n filter. Kereta grandlivina 1.8. Tq
epul says
nak tnye...kalau kita berhenti dan terus buat pecutan atau full trotthle ada masalah pada transmission x..?
Hannan says
Gear cvt ni dekat traffic light dan jam .. lebih2 lg musim raya blh ke duduk dlm gear N?
Aminuddin Ahamad Salleh says
Tuan, Ada pendapat yg mengatakan cvt apabila berhenti di t.light, xperlu masukkan gear ke N? Adalah is benar? Boleh beritahu cara penggunaan gear yg betul x? Sbb Ada yg ckp permulaan kena masuk gear S apabila rpm Mula mencapai 2k baru masuk ke gear D
Muhammad Aisamuddin says
tuan nk tanye skit pasal masalah gear box proton cvt..
nk kate bering dlm gear box..bering gear box semua
sy dah tuka baru....selain dari biring tuan ape lagi slalu punca berbunyi..time bawak slow dia berbunyi tuan