• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinKereta: Isuzu D-Max Mudmaster - Projek Khas untuk Pamer Pakej Aksesori Harga RM84k

#BikinKereta: Isuzu D-Max Mudmaster - Projek Khas untuk Pamer Pakej Aksesori Harga RM84k

July 24, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


ADA saja projek D-Max daripada Isuzu UK yang sebelum ini muncul dengan D-Max Arctic Trucks AT37 dan terbaharu tampil menayangkan projek khas D-Max Mudmaster.

Isuzu memilih varian lengkap D-Max V-Cross sebagai kenderaan demo dengan pelbagai aksesori seperti snorkel, winc dan sebagainya supaya seiring nama 'mudmaster'.

Isuzu D-Max V-Cross dikuasakan enjin D-Max Mudmaster yang menghasilkan output kuasa 164ps (161hp) @ 3,600rpm dan tork 360Nm @ 2,000-2,500rpm.

Trak pikap ini bukan untuk kelajuan kerana pecutan 0-100kmj memerlukan 12.7 saat (manual 13 saat), manakala kelajuan maksimum setakat 180kmj sahaja.

Apa ada pada Isuzu D-Max Mudmaster ini?

  • Dari luar boleh dilihat pelbagai aksesori seperti snorkel ARB Safari dengan winc COMEUP tersorok di sebalik bampar dan plat pendaftaran boleh diangkat ke atas.
  • Tinggi badan dinaikkan 1.75 inci menggunakan kit off-road PEDDERS.
  • Rim 20 inci nampak sopan seperti mekap 'street' dan daripada jenama Hurricane.
  • Rim aloi itu dipadan bersama tayar Toyo Open Country A/T III All Terrain Off-Road.
  • Kit fender lebar memuatkan tayar lebih besar dan pelindung lumpur.
  • Pelindung bonet berfungsi menangkis batuan, manakala bawah enjin dipasang pelindung besi dengan tebukan logo Isuzu D-Max.
  • Pemijak sisi ada dua fungsi iaitu membantu pemandu atau penumpang masuk dan keluar, dan juga memberikan perlindungan pada tepi trak pikap.
  • Visor tingkap mengurangkan bunyi angin dan membolehkan cermin dibuka sedikit ketika gerimis.
  • Lagi aksesori praktikal ialah pelapik celahan dalam hendal pintu bagi mengelak calar.
  • Bahagian belakang juga boleh dipesan pelapik atau liner plastik, dan kanopi Alpha XS Top.
  • Di atas pula dipasang rak ARB untuk menyimpan tong, penyodok dan perkakasan lain.
  • Suluhan malam hari atau cuaca gelap dibuat lampu Lazer Sentinel Elite 7 inci pada gril dan lampu bumbung Lazer Linear-36 Elite.
  • Bar tunda dengan soket 13-pin membantu kerja menunda dengan sambungan elektrik penuh.
  • Bahagian dalaman ditawarkan balutan kerusi lasak dan untuk gaya, pelapik sil pintu bercahaya membantu penglihatan dalam cuaca gelap.
  • Menyerlahkan lagi trak pikap ini ialah grafik badan dengan logo Mudmaster.

Kebanyakan aksesori pada Mudmaster ini sudah tersedia meneruai rangkaian pengedar Isuzu UK. Harga Isuzu D-Max V-Cross dengan transmisi manual 6-kelajuan £36,495 (RM220,110), manakala model automatik 6-kelajuan, £38,495 (RM232,180).

Pakej aksesori ditawarkan pula bernilai £14,000 (RM84,430).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda4 Tagged With: Bikin Auto, Bikin Kereta, Isuzu, Isuzu D-Max, Isuzu D-Max Mudmaster, Isuzu D-Max V-Cross, Isuzu UK, Roda4, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my