• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki GSX-R150 Disumpah Jadi Cafe Racer, Memang Sungguh Menggoda Jiwa

Suzuki GSX-R150 Disumpah Jadi Cafe Racer, Memang Sungguh Menggoda Jiwa

May 18, 2017 By Han Othman 1 Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KELIBAT Suzuki GSX-R150 Cafe Racer adalah antara sosok motosikal paling menggugat jiwa ribuan pengunjung yang hadir ke Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2017 baru-baru ini. Sebenarnya, model cafe racer itu dihasilkan pasukan Bengkel Insan Motor di Indonesia. Ya, siapa sangka motosikal sport berwajah fairing penuh itu disumpah menjadi sebuah cafe racer yang cukup menggiurkan. Asalkan kreatif, segalanya mungkin!

Sebenarnya menurut Bengkel Insan, Suzuki GSX-R150 Cafe Racer itu mengambil masa dua minggu untuk disiapkan dan pernah sekali tampil di acara motosikal kustom, Jakarta Motogarage. Walaupun masih mengekalkan konsep cafe racer yang sama, tetapi jentera berkenaan sudah diberikan beberapa sentuhan kelainan supaya tampil lebih segar sempena IIMS 2017.

SEPERTI CAFE RACER ASLI

Konsep cafe racer dapat dilihat pada desain badan belakang yang direka berbonggol menggunakan material gentian karbon. Bahagian depan pula cukup mengancam dengan lampu aftermarket milik lampu depan Jeep Rubicon yang siap disertakan ciri lampu siang (DRL). Tidak sangka bukan?

Selepas dibogelkan, Suzuki GSX-R150 Cafe Racer itu kemudian dipasangkan pula penutup tepi daripada plat galvani 1.2mm pada bawah tangki dan tempat duduk, manakala tona badan disimbah warna signatur Suzuki, yakni biru.

Inilah rupa asal Suzuki GSX-R150.

Insan Motor turut mengekalkan bahagian roda asal sambil menambah penutup supaya tampak tampak lebih 'sado'. Rim pula menggunakan produk aftermarket bersaiz 4.5 inci di belakang dan 3 inci (depan) dengan tayar Aspira Premio 110/70-17 (depan) dan 160/60-17 (belakang).

Hasilnya, rupa asal GSX-R150 kini langsung berubah. Apa yang tinggal untuk dicam adalah beberapa bahagian seperti tangki petrol dan hendal, termasuk ciri masukan tanpa kunci (keyless).

Sekarang, mari kita saksikan foto-foto menarik Suzuki GSX-R150 Cafe Racer yang dirakamkan lensa portal permotoran dari Negeri Seberang itu, DapurPacu:

SUMBER: DapurPacu

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: cafe racer Suzuki, IIMS 2017, Modifikasi, motosikal, Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2017, roda2, Suzuki, Suzuki GSX R-150, Suzuki GSX-R150 Cafe Racer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my