• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #GIIAS2024: Honda Pertonton StepWGN di Indonesia, Sekadar Uji Pasaran?

#GIIAS2024: Honda Pertonton StepWGN di Indonesia, Sekadar Uji Pasaran?

July 19, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA StepWGN generasi keenam yang membuat kemunculan di Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) 2024 menjadi antaara model tumpuan ramai pengunjung.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) 7-tempat duduk itu dibawa pihak Honda Prospect Motor (HPM) dan bukannya dilancarkan ke pasaran negara republik berkenaan.

Ketibaan model itu memberi satu petunjuk awal bahawa Honda di Indonesia mungkin sedang melakukan kajian pasaran dan melihat respons pengunjung GIIAS. Sekiranya positif, ada kemungkinan MPV itu bakal ditawarkan di pasaran Indonesia.

Honda StepWGN yang dipamerkan di GIIAS 2024 ialah varian Spada e:HEV iaitu model hibrid berasaskan trenkuasa petrol dan motor elektrik dengan pek bateri litium ion.

Berikut ialah perinciannya:

  • Enjin aspirasi normal (NA) 4-silinder 2.0L DOHC 16-injap Kitaran Atkinson, menawarkan kuasa 143hp @ 6,200rpm dan tork 175Nm pada 3,500rpm.
  • Unit motor elektrik membantu janaan output kuasa 181hp @ 5,000-6,000rpm dan tork 315Nm antara 0-2,000rpm.
  • Sistem transmisi jenis e-CVT dengan sistem pacuan roda depan.
  • Sistem pencahayaan LED penuh termasuk lampu utama, lampu siang (DRL), lampu kabus, lampu signal belok sequential dan lampu brek.
  • Tiada lagi pintu belakang jenis Waku-Waku.
  • Barisan kerusi kedua boleh diubah posisi ke tepi dan ke belakang secara gelangsar.
  • Barisan kerusi ketiga boleh direbah dan dilipat untuk disimpan dalam lantai kenderaan.
  • Dimensi panjang 4,830mm, lebar 1,750mm dan tinggi 1,845mm.
  • Jarak roda 2,890mm dengan berat kasar 1,838kg.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Honda Prospect Motor, Honda StepWGN Spada e:HE, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) 2024, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my