• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mazda CX-30 2025 Lancar di Jepun dengan Rekabentuk Sama, Tapi Spesifikasi Dipertingkat

Mazda CX-30 2025 Lancar di Jepun dengan Rekabentuk Sama, Tapi Spesifikasi Dipertingkat

July 18, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


MAZDA CX-3 memang menarik dan buat pelanggan yang mahukan ruang lebih besar dan kekal dengan gaya anggun, Mazda CX-30 sesuai disenarai pendek.

Sekali pandang nampak seperti Mazda3 Hatchback yang ditinggikan. Sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV), Mazda CX-30 memiliki ketinggian 1,540mm yang nampak biasa atau tidaklah terlalu tinggi apabila dipandang dari luar.

Dimensi itu membolehkan model itu diletakkan dalam ruang parkir mekanikal multitingkat di Jepun dengan had ketinggian 1,550mm. Dari segi praktikaliti, ruang but 430 liter berpadanan untuk mengembara ke luar bandar atau pergi bercuti.

Seperti biasa, konsep rekabentuk Mazda yang malar segar tidak menunjukkan kesan nyah usia ketara, walaupun CX-30 dikeluarkan sejak 2019.

Terbaharu untuk pelanggan di Jepun, Mazda mempertingkat spesifikasi CX-30 membabitkan ciri-ciri keselamatan, dan khidmat konektiviti. Rekabentuk luaran kekal sama, bertepatan pendekatan Mazda yang jarang membuat perubahan ketara.

Enam Varian Termasuk Gaya Retro-Moden

20S S Package/XD-S Package
20S Touring/XD Touring
20S Retro Sports Edition/XD Retro Sports Edition

Ada enam varian pilihan dengan varian asas 20S S Package dan XD-S Package dilengkapi ciri keselamatan lengkap. Dua varian itu juga boleh dipesan bersama Black Appearance Package, terdiri daripada rim dan cermin sisi hitam.

Varian premium, 20S Touring dan XD Touring pula ada ciri tambahan untuk keselesaan seperti kerusi dengan ciri pemanas.

Akhir sekali, dua varian edisi istimewa, 20S Retro Sports Edition dan XD Retro Sports Edition menggabungkan ciri sporty dengan retro-moden.

Khidmat Konektiviti dan Kawalan Suara

Mazda CX-30 2025 dilengkapi sistem Amazon Alexa yang membolehkan pengguna mengawal penyaman udara, pemanas kerusi dan stereng, serta membuat dan menerima panggilan telefon, termasuk menetapkan lokasi navigasi menggunakan arahan suara.

Sistem Mazda Online Navi pula membantu pengguna mengakses maklumat terkini seperti lokasi lot parkir kereta.

Amaran Penumpang Belakang

Seiring keperluan masa kini, ciri peringatan kerusi belakang berfungsi mengingatkan pemandu supaya memeriksa penumpang belakang atau barangan saiz tinggi.

Trekuasa Diesel dan Hibrid

MHEV 2.0 e-SkyActiv G
1.8 SkyActiv-D

Mazda CX-30 2025 ditawarkan dalam dua trenkuasa iaitu:

  • Enjin hibrid ringan (MHEV) 2.0 e-SkyActiv G berkuasa 153hp (156ps) @ 6,000rpm dan tork 199Nm @ 4,000rpm.
  • Motor elektrik berkuasa 5.1kW (6.8hp) @ 1,800rpm, dan tork 49Nm @ 100 rpm.
  • Enjin diesel turbo 1.8 SkyActiv-D berkuasa 127hp (130ps) @ 4,000rpm dan tork 270Nm @ 1,600-2,600 rpm.
  • Kedua-dua jenis enjin dipadan transmisi automatik 6-kelajuan 6EC-AT dalam pilihan pacuan dua roda (2WD) atau empat roda (4WD).

Harga

Mengenai harga, Mazda CX-30 2025 dijual bermula 2,759,900 yen (RM82,310) hingga 3,685,000 yen (RM109,890), dan jualan di Jepun sudahpun bermula.

MAZDA CX-30 20S/XD-S Package
20S S Package/XD-S Package
MAZDA CX-30 20S/XD Touring
20S Touring/XD Touring
MAZDA CX-30 20S/XD Retro Sports Edition
20S Retro Sports Edition/XD Retro Sports Edition

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), mazda, Mazda CX-30, Mazda CX-30 2025, Mazda Japan, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my