• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #GIIAS2024: Daihatsu Indonesia Pamer Minivan Sigra Diperbuat Dari Kadbod

#GIIAS2024: Daihatsu Indonesia Pamer Minivan Sigra Diperbuat Dari Kadbod

July 18, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


ASTRA Daihatsu Indonesia (Daihatsu Indonesia) mempamerkan model replika minivan Daihatsu Sigra yang diperbuat daripada kadbod untuk tatapan pelawat Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2024.

Minivan kadbod itu lahir menerusi kerjasama Daihatsu Indonesia dengan syarikat Kreasi Karya Raya atau lebih dikenali dengan nama Dus Duk Duk dipamerkan di Konvensyen Pameran Indonesia Bandar Bumi Serpong Damai (ICE BSD) di Tangerang sehingga 28 Julai ini.

Model itu dibina menggunakan kira-kira 70 keping kadbod besar dengan setiap satu setebal 4mm berukuran 120 x 240 sentimeter.

Replika itu melibatkan ciptaan 270 komponen berasaskan kadbod manakala cermin tingkap menggunakan plastik lutsinar. Hanya lampu utama dan belakang menggunakan komponen tulen automotif yang ada pada model sebenar Sigra.

Dimensinya ialah panjang 4,110mm, lebar 1,655mm dan tinggi 1,600mm iaitu menyamai saiz sebenar sebuah Daihatsu Sigra.

daihatsu sigra kadbod x dus duk duk - 1
daihatsu sigra kadbod x dus duk duk - 3
daihatsu sigra kadbod x dus duk duk - 7
daihatsu sigra kadbod x dus duk duk - 8
daihatsu sigra kadbod x dus duk duk - 12
daihatsu sigra kadbod x dus duk duk - 9
daihatsu sigra kadbod x dus duk duk - 10
daihatsu sigra kadbod x dus duk duk - 11
daihatsu sigra kadbod x dus duk duk - 6
daihatsu sigra kadbod x dus duk duk - 5
daihatsu sigra kadbod x dus duk duk - 4
daihatsu sigra kadbod x dus duk duk - 2

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Astra Daihatsu Indonesia, autoterkini, Daihatsu Sigra, Dus Duk Duk, Konvensyen Pameran Indonesia Bandar Bumi Serpong Damai (ICE BSD), Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2024, PT Kreasi Karya Raya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev