• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #GIIAS2024: Subaru Indonesia Tampil Tiga Varian Istimewa

#GIIAS2024: Subaru Indonesia Tampil Tiga Varian Istimewa

July 18, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SUBARU Indonesia mengumumkan tawaran tiga varian baharu ke pasaran republik itu melibatkan dua model kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sebuah kereta sport pacuan roda belakang (RWD) sempen Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) 2024.

Dua model SUV itu, Subaru Forester dan Crosstrek kini hadir dengan varian Adventure Edition, manakala varian terbaharu model sport BRZ pula dilengkapi komponen STI Performance Parts.

Asasnya, ketiga-tiga varianitu cuma menerima tambahan aksesori luaran, tetapi aspek mekanikal tidak menerima sentuhan baharu. Berikut perincian setiap model tersebut:

FORESTER ADVENTURE EDITION

  • Menggunakan Subaru Forester 2.0i-S EyeSight sebagai model asas.
  • Tiada lagi penggunaan komponen dan aksen krom pada badan kenderaan, digantikan trim hitam.
  • Terima kemasan Piano Black (hitam kilat) pada hendal pintu.
  • Liveri hitam ditampal pada sisi badan kenderaan.
  • Dapat lencana Adventure.
  • Rim aloi Velg Braid Fullrace-A 18 inci.
  • Tayar jenis semua rupa bumi (All-Terrain) saiz 235/55.
  • Harga atas jalan: Rp679.5 juta (RM196,620).

CROSSTREK ADVENTURE EDITION

  • Varian dihasilkan daripada model Subaru Crosstrek 2.0i-S EyeSight.
  • Dilengkapi rak bumbung Maxfort.
  • Ditampal lencana Adventure dan liveri sisi badan.
  • Rim Velg Method MR502 18 inci.
  • Tayar All-Terrain saiz 235/55.
  • Harga atas jalan: Rp574.5 juta (RM166,160)

BRZ STI PERFORMANCE PARTS

Ada dua pilihan transmisi untuk Subaru BRZ dengan pakej STI Performance Parts, iaitu manual atau automatik dengan pakej terdiri daripada:

  • Spoiler STI bawah bampar depan, belakang dan sisi kenderaan.
  • Kemasan salur keluar angin STI.
  • Spoiler STI dan lid but hitam STI.
  • Pelindung hendal pintu STI warna perak.
  • Tombol gear STI.
  • Butang penghidup enjin STI.
  • Plat sil sisi STI
  • Peredam prestasi STI

HARGA

  • Subaru BRZ STI Performance Parts transmisi manual - Rp1.02 bilion (RM294,830)
  • Subaru BRZ STI Performance Parts transmisi automatik - Rp1.03 bilion (RM297,680)
FORESTER ADVENTURE EDITION
CROSSTREK ADVENTURE EDITION
BRZ STI PERFORMANCE PARTS

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Roda4, STI Performance Parts, Subaru BRZ STI Performance Parts, Subaru Crosstrek Adventure Edition, Subaru Forester Adventure Edition, Subaru Indonesia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my