BOON Siew Honda (BSH) mengumumkan tawaran dua pilihan warna baharu untuk skuter advencer Honda ADV160 2024, iaitu Gray (kelabu) dan White (putih).
Model dengan seragam baharu itu dijangka memasuki rangkaian pengedar sah dan cawangan IMPIAN X seluruh negara bermula 18 Julai ini (esok).
Harga jualan RM13,249 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan caj pendaftaran. Jika dibandingkan model ADV 160 yang dilancarkan tahun lalu, harga asas itu menyaksikan kenaikan RM250 seunit.
Spesifikasi skuter pula kekal sama seperti model dilancarkan tahun lalu seperti berikut:
- Trenkuasa 4-lejang 4-injap silinder tunggal 156.9cc penyejukan cecair ddenganan suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 15.8hp @ 8,500rpm, dan tork 14.7Nm @ 6,500rpm.
- Kotak gear automatik CVT.
- Ada sistem kawalan traksi Honda Selectable Torque Control (HSTC) untuk mengelak situasi tayar tergelincir.
- Sistem lampu LED dengan ciri Signal Henti Kecemasan (ESS).
- Panel meter digital.
- Sistem kunci pintar dengan sistem penggera.
- Sistem brek cakera tunggal 240mm jenis petal dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di depan, dan brek cakera tunggal 220mm (belakang), juga jenis petal.
- Ada pengecas USB 5V 2.1A dalam kotak konsol.
- Ruang simpanan bawah pelana 30 liter.
- Suspensi fork teleskopik di depan, dan dwi-absorber Showa di belakang.
- Dimensi panjang 1,950mm, lebar 763mm, dan tinggi 1,196mm. Jarak tinggi bumi 165mm, dan jarak roda 1,324mm.
- Berat 133kg.
- Kapasiti tangki petrol 8.1 liter.
- Dilengkapi sistem henti-mula Honda ISS (Idling Stop System) untuk membantu penjimatan bahan api.
- Rim aloi 14 inci dengan tayar 110/80 (depan) dan rim 13 inci tayar 130/70 (belakang).
- Tinggi pelana 780mm.
- Visor angin boleh laras lebih tinggi.
- Waranti pengilang dua tahun atau 20,000km (mana satu tiba dulu).
Jalalludin says
Model yg lama warna kuning harga sama ke
Jalalludin says
Marvellous.Model yg lama warna kuning harga sama ke