• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiada Lagi V8 Untuk Toyota LandCruiser 70 Series di Australia, Ganti Enjin 2.8L Dengan Kotak Gear Manual Baharu

Tiada Lagi V8 Untuk Toyota LandCruiser 70 Series di Australia, Ganti Enjin 2.8L Dengan Kotak Gear Manual Baharu

July 12, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

WALAUPUN sesaran enjin kereta sekarang kecil tidak bermakna kuasanya lemah. Seakan tidak logik, badan besar hanya guna enjin 1.5 liter tiga silinder.

Teknologi rangkaian kuasa sekarang lebih cekap dan banyak bergantung kepada elektronik berbanding mekanikal. Dari situ operasi menjadi lebih tepat selain boleh ditetapkan.

Peraturan pelepasan asap menjadi satu daripada faktor utama pengeluar beralih kepada enjin lebih kecil.

Terbaru Toyota Australia mengumumkan penamatan penggunaan enjin V8 yang menguasakan LandCruiser 70 Series sejak 2007.

Pengambilan tempahan enjin 1VD-FTV 4.5 liter diesel turbo sudah pun ditangguhkan hampir dua tahun dan Toyota akan terus menamatkannya.

Walaupun dihentikan, Toyota akan tetap menyiapkan tempahan kenderaan enjin V8 sebanyak mungkin.

Pengeluaran terakhir enjin V8 untuk LandCruiser Wagon, Troop Carrier, pikap WorkMate dan GX adalah pada September dan bakal diserah kepada pelanggan pada hujung tahun atau awal 2025.

Bagaimanapun, pengeluaran untuk model permintaan tinggi iaitu GXL 79 Series single cab dan double cab akan diteruskan pada tahun depan.

Keputusan itu dibuat untuk membolehkan pengedar Toyota memenuhi tempahan pelanggan sehingga suku terakhir 2025.

Enjin V8 mempunyai permintaan besar di kalangan pelanggan di Australia.

Sejak diperkenal pada 1985, sebanyak 346,742 buah LandCruiser 70 Series dijual di Australia dan hampir separuh atau 171,000 buah dikuasakan enjin V8 sejak pertama kali diperkenal pada 2007.

Sebagai ganti, Toyota menawarkan enjin 1GD 2.8 liter diesel turbo dengan kotak gear manual baharu. Enjin itu telah diperkenal pada tahun lalu dengan kotak gear automatik.

Ciri-ciri rangkaian kuasa baharu 1GD 2.8 liter diesel turbo:

  • Kotak gear lima kelajuan baharu direka untuk daya kilas lebih tinggi berbanding V8.
  • Diambil dari model V8 manual dan disesuaikan untuk enjin 1GD.
  • Kuasa maksimum enjin 1GD ialah 204 ps @ 3,200 - 3,400 rpm dan tork 450Nm. 20Nm lebih tinggi berbanding V8 dan pada julat 1,600 - 3,000 rpm.
  • Kotak gear 1GD (H153F) mempunyai nisbah gear unik dan tambahan perkakasan berbanding kotak gear V8 untuk menyesuaikannya dengan daya kilas tinggi dan penggunaan lasak.
  • Gear pertama sehingga ketiga lebih pendek untuk membantu prestasi pada awal pemanduan.
  • Mekanisma penyegerakan tigaan dipasang pada gear pertama untuk penukaran lebih lancar.
  • Gear kelima lebih panjang membantu dalam penjimatan bahan api dan mengurangkan bunyi enjin pada kelajuan tinggi.
  • Roda tenaga (flywheel) yang sepadan dengan cekam 12 inci untuk penghantaran kuasa maksimum ke jalan raya.
  • Mula ditawarkan pada Oktober 2024 untuk semua jenis badan dan gred (kecuali single cab dan Workmate Wagon).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Toyota, Toyota LandCruiser, Toyota LandCruiser 70 Series

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my