• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Saintis Belgium Temui Cara Tukar Udara Tercemar Kepada Bahan Api Hidrogen

Saintis Belgium Temui Cara Tukar Udara Tercemar Kepada Bahan Api Hidrogen

May 15, 2017 By Han Othman 3 Comments

123
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARI ini bukan sedikit kajian dilakukan banyak pihak dalam usaha mengekalkan kelestarian alam sekitar daripada penciptaan kenderaan hibrid dan elektrik (EV) sehinggalah penghasilan bahan api yang lebih mesra alam.

Baru-baru ini, sepasukan saintis daripada Universiti Antwerp dan Universiti Leuven (KU Leuven) di Belgium dilaporkan menghasilkan peranti yang boleh membersihkan udara dan menjana kuasa pada masa sama. Proses itu dinamakan sebagai fotopemangkinan heterogen (heterogeneous photocatalysis) yang menggunakan cahaya dan pemangkin khas (biasanya semikonduktor) untuk mencetuskan reaksi kimia.

Sebenarnya, fotopemangkinan heterogen sudah pernah digunakan untuk mengalirkan hidrogen daripada air dan menyahkan pencemaran berasaskan gas. Tetapi, amat jarang kombinasi kedua-duanya - membersih dan menjana kuasa - digunakan. Bagaimanapun, pasukan saintis berjaya menyelesaikan masalah tersebut dengan sel fotoelektrokimia yang menggunakan sel solar untuk menghasilkan hidrogen dalam proses sama bagi elektrolisis penguraian-air (water-splitting).

JENTERA JADI CEKAP

Menurut Profesor Sammy Vergbuggen, ada dua 'bilik' dipisahkan dengan satu membran untuk menyisihkan dua proses. Udara dibersihkan di satu sisi dengan fotoanod (photoanode), manakala hidrogen dijana daripada bahagian proses degradasi dengan katod dilekatkan di sebalik membran elektrolit pejal.

Pemilihan pemangkin itu membuatkan jentera jadi begitu efektif, kata Verbuggen.

"Dahulu, sel tersebut banyak digunakan untuk mengekstrak hidrogen daripada air. Kami kini mendapati ia juga munasabah, malah lebih berkesan, dengan udara tercemar," katanya.

Hidrogen mudah disimpan dan digunakan sebagai bahan api. Apapun hasil dapatan saintis itu baru mengesahkan kesahihan konsep dan ada beberapa ruang yang boleh ditambah baik. Ini kerana peranti masa kini cuma berukuran beberapa sentimeter persegi dan cukup sukar untuk mengimbang balas emisi karbon atau menjana kuasa dalam bandar.

SUMBER: AutoBlog

Related

123
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: fotopemangkinan heterogen, heterogeneous photocatalysis, tukar udara tercemar kepada bahan api hidrogen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev