• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MG HS (2025) Diperkenal, 1.5L Turbo dan 1.5L PHEV Dengan Jarak Pandu 120 KM!

MG HS (2025) Diperkenal, 1.5L Turbo dan 1.5L PHEV Dengan Jarak Pandu 120 KM!

July 11, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

PENGELUAR dari China sudah bertapak di negara kita. Model-model yang ditawarkan tidak kurang hebat dengan pakej bagus pada harga menarik dan satu strategi yang diulangi pengeluar Jepun dan Korea sebelum ini.

Meskipun belum tahap mendominasi (kecuali siri X Proton), kenderaan utiliti sukan (SUV) dari China semakin berkembang.

Terbaru MG memperkenalkan HS generasi kedua di United Kingdom (UK). Walaupun MG sebuah syarikat British, pemiliknya adalah SAIC Motor dari China.

MG sudah pun beroperasi di pasaran tempatan dan di sebalik pelbagai model di peringkat antarabangsa memulakan langkah dengan model elektrik ZS EV dan MG4 EV.

MG HS ditawarkan dalam empat varian iaitu HS SE 1.5T, HS Trophy, HS SE PHEV dan HS Trophy PHEV.

HS SE digerakkan enjin 1.5 liter turbo yang menghasilkan 169 ps dan 275Nm dan pecutan dari 0 sehingga 100 kilometer sejam (kmj) dalam 9.4 saat.

Enjin dipadan bersama kotak gear manual enam kelajuan sebagai ciri standard atau pilihan DCT tujuh kelajuan.

Model PHEV menggabungkan enjin 1.5 liter berkuasa 142 ps dan motor elektrik 154 kilowatt (kW). Pecutan 0 sehingga 100 kmj hanya perlu 6.8 saat.

Motor dibekalkan kuasa dari bateri 24.7 kWj dan generator 67kW. Sebagai sebuah PHEV, HS boleh dipandu sejauh 120.7 kilometer menggunakan tenaga elektrik.

Dari segi rekabentuk, HS tampil dengan trend terkini melalui jeriji yang mendominasi dan lampu depan nipis.

Gayaan tersebut dengan sirip tepi mengikuti MG3 yang terlebih dahulu diperkenal pada Februari lepas.

HS baharu lebih besar iaitu 14 milimeter (mm) lebih lebar dengan ukuran 1,890 mm dan panjang bertambah 45 mm kepada 4,655 mm (4,670 mm untuk PHEV). Jarak roda dipanjangkan sebanyak 45 mm kepada 2,765 mm.

Bahagian dalam dilengkapi dua skrin 12.3 inci definisi tinggi (HD). Skrin tengah untuk infotainment seperti hiburan, navigasi dan pelbagai lagi. Model Trophy mempunyai kamera sekeliling 360 darjah dan pengecasan wayarles.

Skrin 12.3 inci untuk pemandu mempunyai dua tema dan tiga mod iaitu peta, digital dan ADAS. Untuk muatan, pengguna boleh memanfaatkan ruang 507 liter atau bertambah 44 liter daripada sebelum ini.

MG HS SE 1.5T ditawarkan pada harga GBP£24,995 (RM151,405) manakala varian premium HS Trophy PHEV berharga GBP£33,995 (RM205,922).

Dengan pelancaran ini adakah MG HS bakal menyertai SUV lain di pasaran tempatan? Masih baharu lagi dan untuk makluman, HS generasi pertama dijual di Thailand, Singapura, Vietnam dan Indonesia.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: MG, MG HS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my