• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Lupus 320 Aksesori Motor Diubah Suai di Kedah

Polis Lupus 320 Aksesori Motor Diubah Suai di Kedah

July 11, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBANYAK 320 unit aksesori motosikal diubah suai dilupuskan Polis Kedah yang juga hasil rampasan sepanjang operasi seperti Ops Khas Motosikal dan Ops Samseng Jalanan tahun ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, pelupusan dijalankan melibatkan pelbagai item seperti ekzos, enjin, karburetor, dan tayar yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Kami membuat sitaan item ubah suai motosikal di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1986 (Akta 333) (dengan) jumlah 1,058 item.

"(Daripada jumlah keseluruhan harta rampasan), pagi ini kita ada 320 item yang sudah mendapat Arahan Pelupusan daripada Majistret."

Menurutnya lagi, arahan pelupusan itu di bawah Seksyen 407 Kanun Prosedur Jenayah dengan kaedah pelupusan secara gelek dengan penggelek jalan steamroller.

Kebanyakan item dirampas adalah daripada jumlah keseluruhan yang terdiri daripada dua jenis aksesori, iaitu 828 ekzos dan 215 swingarm.

Pada masa sama, beliau juga menasihatkan semua pengguna jalan supaya menggunakan aksesori kenderaan standard mengikut piawaian ditetapkan.

Polis menegaskan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas bagi membendung kegiatan jenayah rempit, termasuk konsistem mengesan pemilik motosikal yang terlibat dalam aktiviti pengubahsuaian.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ops Khas motosikal, Ops Samseng Jalanan, Pelupusan aksesori motosikal, Polis Kontinjen Kedah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev