Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ariel Nomad 2 – 2.3L Turbo Focus ST, 3 Pilihan Kuasa, 260 bhp – 305 bhp, Lebih RM400 Ribu!
Auto Terkini

Ariel Nomad 2 – 2.3L Turbo Focus ST, 3 Pilihan Kuasa, 260 bhp – 305 bhp, Lebih RM400 Ribu!

Abang HirataBy Abang Hirata11/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MELIHAT Ariel Atom di jalan raya adalah satu perkara mengujakan kerana bentuk badan terbuka tanpa bumbung. Atom ibarat kereta lumba formula yang halal di atas jalan raya.

Selain Atom, Ariel mempunyai sebuah lagi kereta dan lebih radikal iaitu bugi Nomad yang diperkenal pada 2015.

Kini tiba masa untuk model pengganti dan nama yang beri juga mudah iaitu Nomad 2.

Sebelum angka menjadi trend kereta hari ini, Atom (dan beberapa lagi pengeluar) telah menggunakan nombor turutan sejak 2003 dan bersambung pada Atom 4 yang diperkenal pada 2018.

Walaupun kekal berangka, Nomad 2 direka baharu sepenuhnya dan hanya menggunakan tiga perkakasan dari generasi pertama.

Casis, suspensi, stereng, elektronik dan pelbagai lagi dibuat baharu dan menariknya mempunyai tiga tahap pemetaan enjin mengikut keperluan dan keupayaan pemandu.

Lagi ciri menarik seperti kawalan mula pandu dan kawalan cengkaman boleh laras (pemandu) dan sistem Pembrekan Anti Kunci (ABS) yang juga boleh laras. Kesemua larasan boleh dibuat semasa kereta bergerak.

Bukan seperti kereta pengeluaran besar-besaran tidak bermakna pengujian dibuat secara mudah. Nomad 2 diuji di litar lumba, rali, panas terik, hujan monsun, berselut dan bersalji.

Nomad 2 telah melalui protokol ujian Ariel paling lasak setakat ini. Berbeza dengan Atom 4 yang menggunakan enjin 2.0 liter VTEC Turbo (K20C1) Type R, Nomad 2 dibekalkan enjin Ford 2.3 liter turbo, sama seperti Focus ST.

Ciri-ciri Ariel Nomad 2:

Rangkaian kuasa

  • Ford 2.3 liter turbo (Focus ST).
  • ECU boleh ganti dengan tiga tahap kuasa.
  • 260 bhp/385Nm, 302 bhp/451Nm, 305 bhp/518Nm.
  • Kotak gear enam kelajuan dengan diferensial gelinciran terhad (LSD).
  • Pilihan kotak gear turutan enam kelajuan Quaife dengan pedal (disesuaikan dari Atom 4 dan Atom 4R).
  • Brek hidraulik tangan.
  • Radiator lebih besar (dua setengah kali ganda berbanding Nomad).

Prestasi

  • 0 – 97 kmj: 3.4 saat
  • Kelajuan tertinggi: 216 kmj.

Casis

  • Jenis berongga (tubular).
  • Ketegaran torsi ditingkatkan lebih daripada 60 peratus berbanding Nomad).
  • Melebihi piawaian pelanggaran depan 50 kmj, tegangan tali pinggang keledar dan ujian impak belakang.
  • Bukaan masuk dan keluar lebih besar dan jarak roda lebih panjang.

Badan

  • Muncung depan, madgad, panel kemasukan dan dalaman dari polietelina yang dikeraskan.
  • Perkakasan lain seperti penutup muatan dari komposit dengan pilihan gentian karbon.
  • Pilihan penutup bumbung.
  • Sayap pada palang atas mengalirkan udara kepada saluran kemasukan.
  • Panel palang atas turut berfungsi untuk peletakan lampu LED dan pelindung matahari.
  • Sistem rak belakang untuk membawa muatan seperti kotak bagasi, dua basikal, tayar ganti dan sebagainya.
  • Pilihan Winc depan Warn Axon.

Ukuran, sudut pelepasan, berat

  • 3,400 (p) x 1,860 (l) x 1,475 (t) mm.
  • Trek depan dan belakang: 1,635 mm (+50 mm).
  • Jarak roda: 2,396 mm (+48 mm).
  • Pelepasan depan 48 darjah, tengah 25 darjah, belakang 64 darjah.
  • 715 kg.

Dalaman

  • Direka untuk boleh basuh dengan lubang pada lantai.
  • Skrin TFT berwarna penuh dari AIM Technologies.
  • Penunjuk tukaran gear.
  • Kamera dan paparan undur.
  • Menggunakan Sistem Pengurusan Kuasa (PDM) – tidak memerlukan pelbagai fius, kotak fius dan geganti (relay).
  • PDM sentiasa mengawasi sistem elektrikal kereta dan mematikan atau menghidupkan semula litar individu jika perlu.

Suspensi

  • Double wishbone berkembar tak sama panjang (depan dan belakang).
  • Geomteri anti kembang (squad) dan anti junam (dive).
  • Damper aluminium K-Tech dibuat khas untuk Nomad 2.
  • Pegas gegelung Eibach.
  • Pilihan penyerap hentak dan pegas Ohlins TTX dan Bilstein dua tahap.

Pembrekan

  • Silinder induk berkembar.
  • Cakera depan dan belakang 288 mm.
  • Larasan bias brek depan atau belakang dari dalam kereta.
  • Pilihan kaliper AP Racing 4 piston dan cakera 290 mm dari Atom 4.
  • Kotak pedal perlumbaan aluminium Tilton.
  • Pilihan sistem ABS boleh laras.

Roda dan tayar

  • Rim aloi 8J x 16 depan dan belakang.
  • Tayar Yokohama Geolandar A/T 235/70.
  • Pilihan rim 16 inci Beadlock dan 18 inci tempa ringan.

Sama seperti Ariel lain, setiap Nomad 2 akan dipasang oleh seorang juruteknik yang bertanggungjawab dari awal sehingga ke akhir termasuk meletakkan nama mereka sendiri.

Ariel menawarkan lebih 100 pilihan untuk pelanggan yang mahukan sebuah kereta unik atau tidak sama dengan pemilik lain.

Harga bermula daripada GBP£67,992 (RM410,332) dan Nomad 2 dikeluarkan di Somerset, England.

Ariel Ariel Nomad Ariel Nomad 2
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.