• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Reban Ayam Jadi Tempat Sorok Petrol Bersubsidi

Reban Ayam Jadi Tempat Sorok Petrol Bersubsidi

July 11, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PENYELUDUP bahan api semakin licik namun perbuatan jenayah mereka gagal mengaburi mata pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Kelantan.

Terbaharu, sepasukan pegawai penguat kuasa KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga (Pengkalan Kubor) berjaya menemui satu lokasi pengumpulan bahan api untuk diseleweng ke negara jiran.

Maklumat risikan diterima menyatakan ada sebuah kenderaan dengan tangki minyak diubah suai sedang memindahkan petrol di satu kawasan bersebelahan tanah perkuburan di Kg. Geting, Pengkalan Kubor di Tumpat, Kelantan.

Serbuan di lokasi itu kira-kira jam 9 pagi semalam membawa kepada penemuan kereta jenis Proton Wira Aeroback dengan tangki minyak diubah suai.

KPDN Kelantan menjelaskan Wira Aeroback dengan berpendaftaran tempatan mengandungi minyak petrol melebihi kuantiti asal. Bagaimanapun, suspek berjaya melarikan diri.

Sisatan lanjut mendapati lokasi itu dipercayai transit sementara penyelewengan susulan penemuan beberapa tong berisi barang kawalan yang disembunyikan di dalam reban ayam dan semak berhampiran.

Sitaan dibuat membabitkan barang kawalan minyak petrol 375 liter dan kereta tersebut, kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Nilai keseluruhan rampasan (kereta dan petrol) dianggarkan berjumlah RM5,600.

SUMBER: KPDN Kelantan

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Proton Wira Aeroback, seludup bahan api subsidi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev