• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Go Auto Makin Mengganas, Tembus Pasaran Batam - Eksport Haval H1, H2 & H8

Go Auto Makin Mengganas, Tembus Pasaran Batam - Eksport Haval H1, H2 & H8

May 17, 2017 By Abang GYL 2 Comments

FacebookTwitter

Haval BatamGO Auto terus mengorak langkah agresif dengan menembusi pasaran Batam, Indonesia dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab jenama Haval di rantau ASEAN.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Go Auto, Ahmad Azam Sulaiman bersama Pengarah Urusan PT Makmur Andalan Indonesia (MAI), Sudry Aliyanto dan Pengarah Urusan PT. Nusa Jaya Mobilindo, Acun di Batam.

Sebagai permulaan, antara model-model Haval yang dilancarkan untuk pasaran Batam terdiri daripada H1, H2 and H8.

Haval Batam
Haval Batam

Batam ialah pasaran ASEAN seterusnya ditembusi oleh Go Auto selepas berjaya memasarkan produk Haval ke Kemboja dan Brunei .

Usaha eksport itu juga seiring wawasan Go Auto untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pemasangan kenderaan utiliti sukan (SUV) Haval berstatus EEV (Kenderaan Cekap Tenaga) bagi seluruh pasaran ASEAN.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Go Auto, Ahmad Azam Sulaiman berkata, kemasukan Go Auto dan Haval ke pasaran Batam berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.

" Kami sudah menerima tempahan hampir 100 unit untuk pasaran Batam dan optimis angka ini akan terus meningkat selepas dilancarkan secara rasmi. Sasaran untuk 2017 di Batam adalah sebanyak 400 unit.

" Selain Kemboja, Brunei dan Batam, Go Auto turut merancang memasuki beberapa negara ASEAN lain seperti Vietnam, Filipina serta Myanmar antara tahun ini dan tahun hadapan.

" Selain itu, kami juga mendapat permintaan dari Singapura yang difikirkan sangat menarik. Ia bukan kerana nilai pasaran, tetapi jenama itu sendiri. Kemasukan Haval ke Singapura akan menjadi penanda aras yang baik untuk jenama itu di ASEAN,' tambah Azam lagi.

Syabas Go Auto!

GALERI

Haval Batam
Haval Batam
Haval Batam
Haval Batam

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: eksport go auto, Go Auto, haval batam, HAVAL H1, Haval H2, haval h8, haval indonesia, PT Makmur Andalan Indonesia, PT. Nusa Jaya Mobilindo

Comments

  1. Yunaldi Yusnizar says

    February 4, 2018 at 1:28 PM

    Mohon info lengkap cara untuk jadi dealer haval.dari yunaldi jakarta

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev