• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harga Kereta Turun Boleh Jejas Ekonomi - Pakar

Harga Kereta Turun Boleh Jejas Ekonomi - Pakar

July 9, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


HARGA kereta di Thailand mengalami penurunan dan situasi itu mencerminkan kuasa beli yang dimiliki golongan kelas pertengahan dan rendah dikategorikan sebagai semakin lemah. Itu pandangan pakar ekonomi di negara tersebut.

Malah trend itu juga menimbulkan rasa bimbang kerana boleh membawa kepada penurunan penggunaan, pekerjaan dan pengeluaran.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Penyelidik CIMB Thai Bank, Amonthep Chawla menjelaskan pada ketika harga kenderaan turun, terutama disebabkan perang harga, itu petanda kuasa beli populasi (pengguna) semakin lemah.

Beliau berkata;

Industri automotif ialah satu sektor utama di negara ini dan penting untuk ekonomi. Justeru penurunan harga kereta bukan hanya disebabkan kesan akibat persaingan tetapi juga menggambarkan kuasa beli golongan kelas pertengahan dan rendah semakin lemah dalam ekonomi, mendorong kepada penurunan permintaan."

Dalam situasi sama, penurunan jualan trak pikap menunjukkan kelemahan sektor agrikultur sebagai salah satu komponen penting dalam ekonomi Thailand. Penurunan dalam aspek kuasa beli memberi kesan kepada penggunaan, pekerjaan dan pengeluaran - risiko kepada ekonomi Thailand.

Amonthep berkata lagi;

Pasaran kereta adalah satu sektor penting yang ada kesan tindak balas berantai (chain reaction) dan memberi impak kepada akktiviti perniagaan berkaitan. Justeru pemantauan teliti harus diberi kepada senario perang harga yang sedang berlaku kerana mungkin membawa kepada lebih banyak penurunan dalam pasaran kenderaan terpakai."

Laporan portal National Thailand menjelaskan pada ketika harga kereta menurun, pengguna MUNGKIN tidak lagi menggunakan kenderaan masing-masing kerana golongan itu mungkin merasakan tidak berbaloi untuk membuat bayaran balik pinjaman pembiayaan. Ini menambah risiko kenderaan ditarik balik pemberi pinjaman.

Amonthep menjelaskan;

Kena berhati-hati tentang isu aset pada ketika harga kereta terus menurun, yang boleh menyebabkan perubahan tingkah laku pengguna dan lebih banyak kereta ditarik balik.

"Pada ketika masa berlalu, nilai kenderaan mungkin tidak lagi memberi justifikasi dengan harga dibayar, menjadikannya tidak berbaloi untuk terus membuat bayaran pinjaman pembiayaan.

"Ini satu senario yang kita tidak mahu lihat kerana boleh mendatangkan kesan kepada peminjam masa depan, menyebabkan lebih banyak masalah."

SUMBER: Nation Thailand

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Amonthep Chawla

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev