• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Warga Asing Disyaki Cuba Seludup 60 Liter Petrol Bersubsidi Keluar Kelantan

Warga Asing Disyaki Cuba Seludup 60 Liter Petrol Bersubsidi Keluar Kelantan

July 9, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG lelaki warga asing ditahan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) di Kelantan kerana dipercayai cuba menyeludup keluar petrol bersubsidi 60 liter menggunakan kereta jenis Proton Wira dengan nombor pendaftaran tempatan.

Tangkapan dibuat KPDN Cawangan Pasir Mas kira-kira jam 9:45 pagi Sabtu lalu dalam Operasi Tiris 3.0 ketika pemeriksaan di pintu masuk keluar negara ICQS Rantau Panjang, Kelantan.

Tangki Wira suspek disyaki diubah suai dengan kesan kimpalan pada bahagian atas tangki di bahagian bawah kerusi penumpang belakang.

Berdasarkan perkongsian, kenderaan tersebut membawa anggaran 60 liter petrol yang disyaki untuk tujuan penyeludupan dengan anggaran nilai RM123.

Kes itu disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dan petrol dianggarkan berjumlah RM3,123.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Operasi Tiris 3.0, seludup petrol RON95

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my