MODEL kei-car popular Mitsubishi iaitu Mini Delica menerima naik taraf baharu bersama-sama eK Space. Menariknya perubahan utama bukan pada fizikal tetapi program perisian keselamatan siber.
Menurut Mitsubishi, penambahbaikan itu dibuat susulan meningkatnya risiko serangan siber dengan keterhubungan kereta hari ini yang semakin meningkat dan bagi mematuhi undang-undang dan peraturan terbaru.
Mitsubishi tidak memperincikan risiko tersebut namun di antara kes serangan siber yang boleh dibaca di laman sesawang seperti kecurian data, godaman sistem dan beberapa lagi.
Ancaman sebegitu memang benar kerana kereta hari ini mempunyai sambungan internet dan Bluetooth dan maklumat disimpan di dalam storan awan.
Dari segi fizikal, eK Space ditawarkan pilihan warna baharu dua tona Lilac Pink Metallic dan White Solid dan secara keseluruhannya mempunyai 11 warna badan termasuk tujuh warna tunggal dan empat warna dua tona.
Selain itu, siri Hearty Run untuk Delica Mini dan eK Space dengan kerusi depan boleh keluar terus ditawarkan kepada pengguna. Model ini dapat memudahkan penumpang yang menggunakan kerusi roda.
Delica Mini masih baharu, dilancar pada Mei 2023 dan menerima sambutan hangat dari pelanggan. Jumlah jualan sekitar 44,000 buah dengan tempahan melebihi 50,000 buah.
Usahkan pengguna di Jepun, berita mengenai Delica Mini juga menerima maklum balas baik apabila diterbitkan di laman sesawang permotoran tempatan.
51 peratus pelanggan memilih model pacuan empat roda (4WD) dengan ciri khas seperti tayar 165/60R15 dan penyerap hentak khusus untuknya.
Dari segi varian pula, lebih 90 peratus pelanggan memilih Delica Mini Premium (G, Premium dan T Premium).
Untuk warna, 17 peratus pelanggan menggemari Ash Green Metallic dan Black Mica dan peratus yang sama untuk warna satu tona Ash Green Metallic.
Delica Mini digerakkan dua jenis enjin iaitu 660 cc turbo hibrid dan 660 cc tanpa turbo. Kedua-dua dipadan kotak gear CVT dan pilihan pacuan dua roda (2WD) atau 4WD.
Harga bermula dari JPY¥1,837,000 (RM53,885) bagi varian asas G 2WD hibrid sehingga JPY¥2,271,500 (RM66,627) untuk varian T Premium 4WD turbo.
eK Space merupakan satu daripada siri eK Mitsubishi seperti eK Cross, eK Wagon dan menariknya model elektrik penuh eK Cross EV.
Tidak seperti Delica Mini, eK Space hanya digerakkan enjin 660 cc hibrid bersama kotak gear CVT dan pilihan pacuan 2WD dan 4WD.
Dua varian eK Space dengan dua jenis pacuan bermula dari JPY¥1,580,700 (RM46,380) sehingga JPY¥1,826,000 (RM53,577).
Mitsubishi Delica Mini 2024:
Mitsubishi eK Space 2024:
Leave a Reply