• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Mahu Kecualikan EV daripada Caj Parkir?

Kerajaan Mahu Kecualikan EV daripada Caj Parkir?

July 5, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


KERAJAAN dilaporkan sedang menimbangkan cadangan parkir percuma untuk kenderaan elektrik (EV) khususnya di kawasan bandar.

Cadangan insentif terbaharu itu bertujuan mempercepat dan menggalakkan lebih ramai pemilik beralih daripada kenderaan berasaskan trenkuasa konvensional kepada EV.

Beberapa media melaporkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, cadangan parkir tanpa caj itu kini diperingkat perbincangan.

Terdahulu, Kementerian Pengangkutan pernah menyuarakan cadangan memperkenalkan nombor plat khas untuk EV. Akhbar The Star melaporkan Kor Ming sebagai berkata;

Kami sedang mengkaji kemungkinan memberi pengecualian (bayaran) parkir untuk kereta-kereta EV sebagai faktor pendorong untuk lebih ramai orang membeli EV berbanding kereta berasaskan bahan api fosil."

Beliau juga berkata, Kementeriannya sedang berbincang dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menimbangkan kebolehlaksanaan cadangan tersebut.

Mengambil contoh London, Kor Ming menyatakan ibu kota Britain itu mengenakan caj kesesakan kira-kira RM90 untuk setiap kemasukan kenderaan trenkuasa pembakaran dalaman (ICE) ke kawasan bandar, manakala EV dikecualikan caj parkir.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bulan lalu mengumumkan struktur harga cukai jalan untuk EV yang mana kadarnya 85 peratus lebih murah berbanding harga cadangan sebelumnya.

SUMBER: PaulTan

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Nga Kor Ming, Parkir EV Percuma, Parkir Percuma

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev