• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Ujian Perlanggaran Guna Patung Dummy Gemuk, Penumpang Obes Berisiko Tinggi Maut

Ujian Perlanggaran Guna Patung Dummy Gemuk, Penumpang Obes Berisiko Tinggi Maut

May 12, 2017 By Azhan O 1 Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PATUNG dummy ujian perlanggaran tradisional berbadan sasa atau 'sado' selepas ini akan ditemani rakan patung generasi baru yang direka dengan mengambil kira fizikal golongan berat badan berlebihan (obes atau gemuk) dan warga tua. Ini termasuk rekaan ciri organ seperti fungsi sebenar.

Pengeluar dan pembangun patung dummy ujian perlanggaran, Humanetics, di Amerika Syarikat mendakwa dua model patung dummy itu dibuat berasaskan fizikal perempuan obes yang berusia 70 tahun dengan indeks berat badan (BMI) 29, manakala satu lagi ialah patung lelaki berumur pertengahan umur, tinggi 6 kaki 2 inci dengan BMI 35.

BACA >>> IIHS Tunjuk Video Demo Ujian Perlanggaran Akibat Kemalangan Langgar Lampu Isyarat

Patung dummy ujian perlanggaran itu direka pakar bedah trauma, Profesor Stewart Wang yang juga Pengarah Pusat Antarabangsa bagi Perubatan Automotif di Universiti of Michigan. Menurut Wang, peningkatan dua kumpulan pemandu dan penumpang pada hari ini didapati tidak mewakili patung dummy sedia ada.

Patung dummy hari ini mewakili pemandu kebanyakan, tetapi sudah diuji sejak 50 tahun lalu. Ini sudah cukup memberikan masa kepada jurutera untuk melepasi ujian dan menghasilkan perlindungan terbaik bagi individu berfizikal tegap. Namun, mereka turut mengabaikan kumpulan yang sangat penting dan normal dalam populasi."

- STEWART WANG, Pakar Bedah dan Pengarah Pusat Antarabangsa bagi Perubatan Automotif, University of Michigan

PEMANDU GEMUK BERISIKO TINGGI MAUT

Kajian dijalankan University of California pada 2013 jelas menyokong dakwaan Wang apabila keputusan itu menunjukkan risiko maut ke atas pemandu obes ialah 78 peratus  lebih tinggi dalam kemalangan jalan raya berbanding pemandu berat badan kebanyakan.

"Golongan obes juga menderita kecederan bawah yang lebih teruk berbanding pemandu kebanyakan, tetapi kurang kecederaan perut. Bagi usia tua, bahagian paling membimbangkan bukanlah bawah tubuh, tetapi dada," kata Wang.

Menurutnya lagi, rekabentuk standard patung dummy ujian perlanggaran ialah tali keledar riba mestilah diikat merentangi tulang pinggul, manakala tali keledar silang menahan dada.

Bagaimanapun, bagi golongan obes, posisi tali keledar riba adalah di atas perut yang mampu menyebabkan mereka menggelungsur ke bawah sebelum menghentam papan pemuka. Bagi warga tua pula, tekanan kuat daripada tali keledar silang mampu menyebabkan kecederaan dada yang serius.

REKAAN BERASASKAN CT SCAN

Bagaimanapun, patung dummy ujian perlanggaran dihasilkan Wang dan pasukannya direka berasaskan beribu-ribu imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) ke atas mangsa kemalangan. Kemudian, keputusan imej 3 dimensi (3D) akan diukur dalam satu proses dipanggil morfomik analisis (analytic morphomics), iaitu kaedah untuk menunjukkan perbezaan fisiologi yang dinyatakan dalam angka dan unjuran.

Wang berkata, jurutera Humanetics kini memiliki pemahaman matematik yang jelas tentang tubuh manusia, sekali gus membantu mereka menghasilkan patung baharu dengan lebih tepat. Data diperoleh juga digunakan untuk memasang organ artifisial yang berfungsi seakan sebenar.

BACA >>> Kajian: Kenderaan Besar Lebih Selamat untuk Pemandu Baharu dan Remaja

Kedua-dua patung masih dalam peringkat prototaip, tetapi Naib Presiden Kejuruteraan Humanetics, Jim Davies menyatakan kesungguhan pasukannya untuk merealisasikan rekacipta tersebut yang turut membabitkan kerjasama pengeluar.

RUSUK DAN ORGAN LEBIH REALISTIK

Dengan ribuan data imbasan CT Scan yang diambil daripada mangsa nahas kemalangan, jurutera di Humanteics menggunakan cetakan 3D untuk menghasilkan bahagian badan dan organ penting yang berfungsi seakan sebenar dalam ujian perlanggaran.

“Kami menggunakan cetakan 3D untuk membuat bahagian badan seperti rusuk. Sebelum ini, kami sudah merekabentuk ciri bahagian tubuh patung yang mampu beralih dan bergerak seperti rusuk, tetapi tidak patah menerusi rusuk logam yang digabungkan material peredaman.

"Selepas beberapa ujian perlanggaran dibuat, ikatan mula menunjukkan perubahan. Jadi, dengan cetakan 3D dan material baharu, kami boleh menala rusuk kepada prestasi yang lebih tepat seperti dimahukan," jelas Davies.

BACA >>> Toyota Camry (2019) Raih Rating 5 Bintang dengan Skor Tinggi dalam Asean NCAP

Humanetics turut bekerja dengan universiti-universiti Michigan dan Ohio, termasuk mempelajari tentang bagaimana kemungkinan tulang rusuk menusuk organ.

"Ujian fizikal akan selalu dibuat, tetapi sains berkembang maju dengan pantas, suatu hari nanti kita boleh menggantikan ujian fizikal dengan virtual sahaja," kata Davis lagi.

GALERI

SUMBER: Autocar

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, crash test dummy, patung dummy, patung dummy obes, patung dummy ujian perlanggaran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev