• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jumlah Pemohon VEP Mei-Jun 2024 Meningkat Tinggi, Hampiri Jumlah Mohon Sepanjang 2023

Jumlah Pemohon VEP Mei-Jun 2024 Meningkat Tinggi, Hampiri Jumlah Mohon Sepanjang 2023

July 1, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KEMENTERIAN Pengangkutan Malaysia (MOT) memaklumkan terdapat peningkatan drastik terhadap bilangan permohonan Permit Masuk Kenderaan (VEP) pada Mei hingga Jun 2024.

Berdasarkan statistik, 23,649 permohonan sudah diterima dari 28 Mei hingga 29 Jun, lebih tinggi berbanding 15,424 jumlah permohonan tahun lalu. Peningkatan ini turut berlaku selepas Kerajaan mengumumkan penguatkuasaan VEP pada 28 Mei lalu.

Dalam tempoh sama, 6,120 tag VEP sudah dikeluarkan kepada pemohon dan 1,080 tag VEP sudahpun diaktifkan. Jumlah pengeluaran sepanjang tempoh dua bulan ini hampir menyamai jumlah dikeluarkan sepanjang 2023, iaitu 7,113 tag VEP.

Kerajaan juga mengingatkan semua penerima supaya mengaktifkan tag VEP dengan memuat naik foto nombor pendaftaran kenderaan bersama tag VEP tersebut. Sekiranya gagal diaktifkan, ia akan dianggap tidak sah.

Kepada pemohon yang belum lagi mendapatkan VEP, permohonan tetap dibuka selepas tarikh penguatkuasaan bermula 1 Oktober 2024.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Permit Masuk Kenderaan (VEP), tag VEP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev