BOUSTEAD Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) melancarkan peraduan baharu, 'Pam dan Beli Syoknya Menang' bermula 1 Julai hingga 31 Ogos 2024.
Penyertaan peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan sama ada pengguna atau bukan pengguna BHPetrol eCard yang berumur 18 tahun ke atas.
Namun, istimewa buat pengguna BHPetrol eCard, mereka akan diambil kira sebagai dua penyertaan berbanding pelanggan biasa yang hanya dikira sebagai satu penyertaan.
Syarat menyertai peraduan ini ialah:
- Peserta perlu membelanjakan minimum RM40 dalam satu transaksi atas pembelian petrol, diesel, atau barangan kedai (kecuali tembakau, Touch n Go, ePay, pembayaran utiliti, dan car wash) di semua stesen minyak BHPetrol terpilih seluruh Malaysia.
- Setiap penyertaan peraduan akan dimasukkan automatik apabila pembelian diimbas menggunakan eCard fizikal atau digital, manakala pelanggan biasa boleh menyertai peraduan dengan mengimbas kod QR yang disediakan.
Antara hadiah menarik ditawarkan:
- Kad Petrol Percuma dan Tunai RM5,000 (10 pemenang hadiah utama)
- Kad Petrol Percuma dan Tunai RM3,000 (10 pemenang hadiah kedua)
- Baucar BHPetrol RM3,000 (10 pemenang hadiah ketiga)
Maklumat lanjut sila layari bhpetrol.com.my
Leave a Reply