• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jaecoo Buka Pusat 3S Pertama di Selangor, Bakal Lancar 34 Premis Lagi

Jaecoo Buka Pusat 3S Pertama di Selangor, Bakal Lancar 34 Premis Lagi

June 28, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


JAECOO Malaysia membuka Pusat 3S pertama di Selangor, iaitu di Glenmarie, Shah Alam, dan sedang melakukan persiapan melancarkan 34 premis lagi dalam tempoh beberapa bulan nanti.

Pusat 3S Jaecoo Glenmarie menelan pelaburan RM5.5 juta dengan keluasan 23,000 kaki persegi atas keluasan tanah 40,000 kaki persegi.

Premis yang dikendali ES Premium Holdings itu berperanan sebagai bilik pameran dan jualan, termasuk menawarkan perkhinatan selepas jualan dan menyimpan stok alat ganti.

Ruang pameran premis itu turut dilengkapi laluan Super Walkway bermula dari tingkat bawah ke tingkat satu yang mampu mempamerkan hingga tujuh model Jaecoo pasa satu-satu masa.

Antara ciri menarik di Pusat 3S ini adalah penggunaan paparan LED interaktif yang membolehkan pelanggan mengimbas spesifikasi setiap model kenderaan secara santai.

Pengalaman ini dilengkapi kehadiran penasihat jualan profesional dan pengunjung juga boleh menyertai sesi pandu uji di premis tersebut.

Buat masa ini, model dipamerkan ialah Jaexoo J7 dalam dua varian, iaitu pacuan semua roda (AWD) dan pacuan dua roda (2WD).

Kemudahan lain disediakan ialah ruang istirahat dengan ruang khas untuk menikmati minuman, Internet dan surau. Pusat itu juga mampu menyelenggara lebih 5oo unit kenderaan sebulan.

Naib Presiden Jawxon Malaysia, Emily Lek berkata;

Kami teruja melancarkan pusat pengedaran bertaraf 3S pertama di Glenmarie Autocity. Inilah bukti ketersediaan jenama Jaecoo dalam memenuhi permintaan pelanggan di Malaysia.

"Kami sudah melabur untuk memperkukuh rangkaian kami di seluruh negara bagi tujuan menawarkan pengalaman pemilikan premium buat hari ini dan masa depan.

"Pelaburan dalam pusat pengedaran perintis di Glenmarie yang bernilai RM5.5 juta ini adalah petunjuk jelas akan komitmen kami mengembangkan pasaran kenderaan utiliti sukan (SUV) kegunaan lasak premium untuk jangka panjang."

Jaecoon 3s glemnarie - 2
Jaecoon 3s glemnarie - 3
Jaecoon 3s glemnarie - 4
Jaecoon 3s glemnarie - 1
Jaecoon 3s glemnarie - 5
Jaecoon 3s glemnarie - 6
Jaecoon 3s glemnarie - 7
Jaecoon 3s glemnarie - 8

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jaecoo, JAECOO Malaysia, Pusat 3S Jaecoo Glenmarie

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev