• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Titan Mahu Pecah Dominasi Trak Pikap Amerika

Nissan Titan Mahu Pecah Dominasi Trak Pikap Amerika

May 10, 2017 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


NISSAN mengakui cuba melakukan sesuatu ke atas Titan generasi ke-2 dalam usaha memecah dominasi segmen trak pikap di Amerika Syarikat (AS) yang didominasi Ford, General Motors and Ram. Menurut Naib Presiden Bahagian Jualan, Pemasaran dan Operasi Nissan Amerika Utara, Christian Meunier berkata, strategi awal Nissan ialah menyasarkan jualan ke bandar-bandar seperti Dallas, Houston, Phoenix dan Salt Lake City.

Kami akan menumpukan kepada pasaran itu terlebih dulu dan apabila berpuas hati kami akan bergerak ke fasa kedua,"
- CHRISTIAN MEUNIER, Naib Presiden Bahagian Jualan, Pemasaran dan Operasi Nissan Amerika Utara

BANYAK BANDAR LAIN AKAN MENYUSUL

nissan-titan-2
nissan-titan-5

Fasa kedua nanti menurut Meunier, akan membabitkan enam lagi bandar-bandar sebelum cuba meluaskan pasaran ke 40 bandar lain. Hanya apabila sudah menguatkan kedudukan di bandar-bandar tersebut, barulah Titan akan menyerang seluruh pasaran trak pikap AS.

Nissan berhasrat menguasai kira-kira 5 peratus jualan trak pikap saiz-penuh bagi pasaran AS, dan dikatakan dalam landasan betul menerusi pelancaran Titan di empat bandar pertama tersebut.

Titan generasi pertama diperkenalkan pada 2003, tetapi gagal mencapai kejayaan signifikan. Bagaimanapun, pada lewat 2015, Titan generasi ke-2 mula menunjukkan peningkatan, terutama barisan trim XD. Mampukah trak pikap Nissan menambat hati pembeli di AS?

GALERI

nissan-titan-1
nissan-titan-4
nissan-titan-5
nissan-titan-3
nissan-titan-7
nissan-titan-2
nissan-titan-6

SUMBER: Car Scoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Nissan, Nissan Amerika Utara, Nissan Titan, Nissan Titan generasi ke-2, Roda4, Trak pikap, trak pikap saiz-penuh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev