• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Prototaip Model EV Pertama Ferrari Kini Diuji di Maranello

Prototaip Model EV Pertama Ferrari Kini Diuji di Maranello

June 28, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

SEBUAH prototaip awal yang mungkin menjadi model kenderaan elektrik (EV) pertama Ferrari kelihatan sedang diuji berhampiran pangkalannya di Maranello, Itali.

Gambar model EV Ferrari itu berjaya diambil oleh Derek Cornelissen, memaparkan sebuah casis daripada kenderaan utiliti sukan (SUV) Maserati Levante yang sebelum ini dibangunkan Ferrari dengan lampu depan daripada model kereta sport, Ferrari Roma.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Derek Cornelissen (@derek.photography)

Menerusi gambar itu juga terdapat beberapa petunjuk yang membuktikan bahawa model tersebut adalah EV daripada Ferrari. Berikut antara petunjuk daripada gambar tersebut seperti:

  • Menggunakan empat ekzos palsu tergantung di bampar belakang.
  • Terdapat banyak pelekat voltan tinggi di seluruh casis kereta.
  • Menggunakan tayar Pirelli P Zero E yang direka khas untuk kereta EV.

Sebelum ini, Ferrari juga pernah menggunakan casis yang sama untuk menguji SUV pertama mereka iaitu V12 Purosangue. Justeru, model EV baharu ini juga dijangka akan menjadi kenderaan empat pintu kedua Ferrari dan saiz dimensi yang hampir sama dengan SUV pertama itu.

Bagaimanapun, rekabentuk dan nama rasmi untuk model EV itu belum dapat dipastikan lagi tetapi akan menjadi pesaing yang hebat untuk model EV lain seperti:

  • Tesla Model X
  • Lotus Eletre
  • Porche Cayenne versi EV

Ferrari pernah mengumumkan bahawa model EV ini akan dilancarkan pada akhir 2025 namun telah ditukar kepada awal 2026 atas beberapa sebab peribadi.

SUMBER: Drive

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ferrari, Ferrari EV pertama, Maserati Levante

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev