• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CADB Tandatangan MoA, MoU untuk Pemasangan CKD Model EV Dongfeng Box

CADB Tandatangan MoA, MoU untuk Pemasangan CKD Model EV Dongfeng Box

June 26, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


CENTRAL Auto Distributors Bhd (CADB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) dengan NexV Manufacturing Sdn Bhd (NMSB) untuk pengeluaran dan pemasangan kenderaan elektrik (EV) Dongfeng Box.

CADB ialah subsidiari kepada Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) dan perjanjian itu dimeterai di Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) di Cyberjaya, Selangor, semalam.

MoU itu bertujuan mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua syarikat berhubung aktiviti pemasangan kenderaan secara tempatan (CKD), iaitu NMSB menyediakan fasiliti, manakala CADB pula bertanggungjawab berhubung pemasaran serta pengedaran kenderaan EV itu.

Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin (berdiri bawah depan kiri) berkata, CADB sedang meneroka program CKD untuk pengeluaran pengeluar EV dari China, iaitu Dongfeng Motor (DFM).

Langkah itu sebahagian perancangan jangka panjang untuk menyokong visi kerajaan dan selaras misi PEKEMA meningkatkan penyertaan ahli dalam perniagaan dan ekosistem EV. Beliau berkata;

Melalui CADB, PEKEMA berhasrat membangunkan program pembangunan bakat tempatan dan vendor untuk kenderaan elektrik. Kami juga berharap mencapai pemindahan teknologi yang berjaya dengan Dongfeng Motor yang membuat pelaburan besar dalam teknologi automotif di China.

"Ini bukan saja memberi manfaat kepada industri tempatan, tetapi juga bakal membuka peluang kepada ahli kami untuk mengambil bahagian dalam pengedaran dan perkhidmatan selepas jualan."

Majlis MoU dan MoA itu turut disaksikan Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Faisal Mohd Yusof (berdiri bawah depan kanan).

Kenyataan PERKEMA juga menjelaskan kedua-dua syarikat akan meneruskan perbincangan untuk memuktamadkan perjanjian definitif yang akan memperinci aktiviti kerjasama yang bakal dijalankan.

Sementara itu,  selain CADB, beberapa syarikat tempatan  lain turut menandatangi MoA dan MoU dengan NMSB seperti EVANKARL, HICOM Teck See, PHN, Mobile Star, KNR Biz dan Wise Star Group.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Central Auto Distributors Bhd (CADB), Datuk Mohamed Nazari Noordin, Dongfeng Box, Faisal Mohd. Yusof, Kenderaan Elektrik, NexV Manufacturing Sdn. Bhd. (NMSB), Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my