• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sime Darby Motors Lancar DRIVECARE Chan Sow Lin

Sime Darby Motors Lancar DRIVECARE Chan Sow Lin

June 26, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


SYARIKAT automotif terkemuka, Sime Darby Motors (SDM) telah melancarkan DRIVECAR, sebuah pusat servis sehenti pelbagai francais dibuka khas untuk memenuhi keperluan pemilik kereta daripada semua segmen dan jenama di Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. Malah, menawarkan harga yang berpatutan, kemudahan serta keselesaan kepada pelanggan.

Disokong oleh kepakaran juruteknik SDM yang terlatih, DRIVECARE sedia diperluas ke semua pasaran Asia Tenggara, diikuti oleh pelancaran meliputi operasi di seluruh rantau Asia Pasifik. Dengan memanfaatkan kepakaran serta kelengkapan yang canggih, DRIVECARE menjanjikan pengalaman luar biasa bagi perkhidmatan dan penyelenggaraan kereta harga berdaya saing.

Sebagai nilai tambah, pelanggan juga boleh menikmati kemudahan dengan baik, ruang kerja teratur dan ruang menunggu yang selesa. Kemudahan DRIVECARE turut disokong Sime Darby Auto Selection, jenama dipercayai Sime Darby Motors bagi kenderaan pramilik, menawarkan pilihan kos rendah untuk membeli kereta baharu.

DRIVECARE beroperasi di dalam kemudahan Auto Selection, menjamin perkhidmatan dan sokongan lancar bagi pembeli kenderaan pramilik. Para pelanggan boleh mengunjungi pusat servis rasmi DRIVECARE di Lot 33 Glenmarie, Shah Alam dan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur telah dibuka dan sedia untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Sempena pelancarannya, dari 26 Jun hingga 31 Julai 2024, DRIVECARE mengadakan promosi istimewa untuk menjemput pelanggan menikmati pengalaman servis yang disediakan. Antaranya termasuk pemeriksaan kenderaan percuma, diskaun 20 peratus untuk caj alat ganti dan buruh, satu set bilah pengelap cermin dengan setiap penggantian cermin depan.

Untuk menambah baik pengalaman pelanggan, semua servis dalam tempoh promosi akan menerima khidmat cucian kereta dan satu produk Liqui Moly secara percuma.

Di samping itu, DRIVECARE menawarkan promosi tempoh terhad bagi pelanggan yang menghantar dua kenderaan untuk diservis. Seramai 100 pelanggan pertama yang membawa kereta kedua untuk servis akan menikmati diskaun 50 peratus bagi minyak enjin, tertakluk kepada terma dan syarat.

Tawaran hanya sah untuk kenderaan yang didaftarkan di bawah pemilik yang sama dan untuk maklumat lanjut, sila layari www.drivecare.com.my

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Chan Sow lin, DRIVECARE, DRIVECARE Chan Sow Lin, Sime Darby Motors (SDM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my