• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Prolintas Sahkan Beberapa Kakitangan Kena Tahan SPRM

Prolintas Sahkan Beberapa Kakitangan Kena Tahan SPRM

June 26, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PROJEK Lintasan Kota Holdings (Prolintas) semalam mengesahkan beberapa kakitangannya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan membabitkan kes pembinaan.

Syarikat pengendali tol itu menerusi satu kenyataan menyatakan pihaknya bersedia bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk membantu siasatan.

Kenyataan sama menyatakan:

Prolintas menerima maklum bahawa beberapa warga kerja kami ditahan reman SPRM. Kami akan bekerjasama dan berusaha mengekalkan integriti serta tadbir urus korporat pada tahap tertinggi.”

APA MEDIA LAPORKAN?

Media sebelum ini melaporkan SPRM menahan lapan individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat konsensi lebuh raya bergelar Datuk kerana disyaki terlibat rasuah bernilai lebih RM1.6 bilion.

Berita Harian melaporkan semua suspek yang terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita berumur dalam lingkungan 40-an hingga 50-an ditahan semasa hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada Isnin lalu.

Mereka ditahan termasuk seorang (CEO) dan dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya direman selepas disyaki meminta serta menerima rasuah membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang.

Akhbar sama menjelaskan CEO bergelar Datuk dan dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi itu direman empat hari sehingga Jumaat ini manakala lima lagi individu yang juga pemilik sebuah syarikat direman selama tiga hari sehingga Khamis ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM.

Sumber memberitahu Berita Harian, tiga suspek daripada syarikat konsesi itu ialah dua lelaki dan seorang wanita.

Ini kenyataan dilaporkan akhbar tersebut:

Tiga suspek yang berkhidmat di syarikat konsesi lebuh raya ini disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemilik syarikat berkenaan sebagai balasan bagi mendapat kontrak mengambil alih kerja pembinaan yang sebelum ini dijalankan satu syarikat lain bernilai lebih RM1 bilion.

"Selain itu, mereka juga dipercayai meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan satu seksyen projek lebuh raya lain di Lembah Klang bernilai lebih kurang RM670 juta. Keseluruhan nilai kedua-dua projek itu adalah berjumlah RM 11 bilion".

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), Rasuah Projek Prolintas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my