• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Loke: Individu Tanpa Sijil SPM Boleh Jadi Pengajar Institut Memandu

Loke: Individu Tanpa Sijil SPM Boleh Jadi Pengajar Institut Memandu

June 25, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MASALAH kekurangan tenaga pengajar yang membelenggu rata-rata pengusaha institut memandu (IM) nampaknya akan berakhir tidak lama lagi.

Ini berikutan Kementerian Pengangkutan (MOT) memberi pengecualian kepada individu yang tiada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menjadi tenaga pengajar di IM.

Menterinya, Anthony Loke berkata, mereka diminta mengemukakan permohonan mendapatkan Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) bermula bulan depan.

Menurutnya, pengecualian syarat sementara itu sudah mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), tetapi untuk tempoh enam bulan tahun ini, iaitu 1 Julai hingga 31 Disember 2024.

Inisiatif itu antara usaha Kerajaan mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar di institut memandu.

Loke berkata;

Ramai pengusaha institut memandu memberi maklum balas ada ramai pemandu berpengalaman dan berhemah yang berpotensi menjadi pelatih yang baik, tetapi tidak dapat peluang kerana kekurangan kelayakan SPM.

"Jadi, selepas penelitian terperinci, sukacita saya umumkan satu program khas akan diadakan untuk memberi pengecualian kepada pemohon yang tidak memiliki SPM untuk mengikuti kursus SPIM dan jadi pengajar bertauliah.”

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia ke-4 di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, individu yang mahu menjadi tenaga pengajar di IM perlu memiliki kelulusan SPM sebagai syarat wajib.

Namun mereka yang tiada SPM boleh mendaftar  untuk SPIM dan perlu mengikuti kursus dua minggu di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia untuk mendapatkan sijil pengajar selepas lulus ujian.

Tempoh enam bulan itu adalah inisiatif awal dan MOT bersedia mempertimbang melanjutkan program itu sekiranya ada keperluan.

Secara purata, seramai 700,000 individu sudah mendaftar diri setiap tahun untuk memperoleh lesen memandu di 255 IM seluruh negara. Jumlah tenaga pengajar dan pekerja IM seluruh negara kini sekitar 15,000 orang.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, Anthony Loke, Institut Memandu (IM), Kementerian Pengangkutan (MOT), Sijil Pelajaran Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev