• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Bantu Chery, Mercedes dan Toyota Buat Hebahan Panggil Balik

JPJ Bantu Chery, Mercedes dan Toyota Buat Hebahan Panggil Balik

June 25, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) membantu pengeluar kenderaan melakukan hebahan panggil balik (recall) melibatkan 5,590 kenderaan daripada tiga jenama, iaitu Chery, Toyota dan Mercedes-Benz.

Menurut JPJ, hebahan panggil balik itu sudah dilakukan pengeluar terlibat sejak Mac 2024 dan masih berterusan hingga hari ini. Menurut JPJ:

Bagi mana-mana pemilik kenderaan yang terlibat dalam aktiviti pemanggilan semula ini, anda akan dihubungi pihak pengeluar untuk penetapan tarikh janji temu bagi pemeriksaan kenderaan. Sila patuhi tarikh janji temu ditetapkan untuk kemudahan kedua-dua pihak."

PERKEMBANGAN TENTANG CHERY

JPJ berkata, pihaknya sudah sedia maklum mengenai kempen panggil balik dijalankan Chery Auto Malaysia membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Chery Omoda;

Umum mengetahui isu tular baru-baru ini iaitu mengenai kes kegagalan gandar belakang kenderaan Chery Omoda 5. Bagi kes ini, Chery Auto Malaysia Sdn Bhd sudah segera melaksanakan aktiviti pemanggilan semula bermula sejak 3 Mei 2024 dan sudah memaklumkan kepada JPJ mengenai aktiviti tersebut.

"Sehingga 7 Jun 2024, Chery sudah memeriksa 592 unit daripada 600 unit Chery Omoda 5 yang terlibat dalam aktiviti ini dengan peratus selesai aktiviti 98.67 peratus.

"Baki pemilik kenderaan sudah dihubungi bagi melengkapkan jadual pemeriksaan dan aktiviti ini dijangka diselesaikan akhir Jun 2024."

TOYOTA, MERCEDES-BENZ

Jenama dengan bilangan kenderaan paling banyak dipanggil balik ialah Mercedes-Benz, iaitu 2,611 unit keluaran sejak Jun 2012 hingga November 2023. Infografik dikongsi JPJ menunjukkan panggil balik paling banyak membabitkan pengeluaran 2023.

Salah satu jenama Jepun terlibat dalam kempen panggil balik ialah Toyota, melibatkan Corolla Cross (2,379 unit) untuk keluaran antara Julai dan September 2023.

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Chery, Chery Auto Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, Mercedes-benz, Panggil Balik, Recall, Roda4, Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev