• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BMW X5 Silver Anniversary Edition (Bukan Black Edition), Rai 25 Tahun X5!

BMW X5 Silver Anniversary Edition (Bukan Black Edition), Rai 25 Tahun X5!

June 24, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Pengeluar kereta tampil menawarkan model trim gelap dengan nama umum Black Edition atau beberapa lagi nama lain. BMW misalnya memperkenalkan 530i M Sport Dark Shadow Edition di pasaran tempatan pada 2020.

Ini pula tawaran terbaru dari BMW, bukan trim gelap mahupun untuk pasaran tempatan iaitu X5 Silver Anniversary Edition buat pengguna di Amerika Syarikat.

'Edisi perak' ini istimewa kerana mengingati sejarah lebih dua dekad atau lebih tepat lagi sempena jubli perak. Unit pertama BMW X5 keluar dari barisan pengeluaran kilang BMW Group Spartanburg di South Carolina pada 1 September 1999.

Sejak itu, hampir tiga juta X5 dipasang di Spartanburg untuk pasaran di serata dunia. Bukan kenderaan utiliti sukan, BMW mewujudkan segmen Sports Activity Vehicle dan edisi isimewa ini menekankan aspek Activity.

Menggunakan X5 xDrive40i (2025) sebagai asas, edisi ini tampil dengan ciri-ciri istimewa. X5 xDrive40i digerakkan enjin 3.0 liter BMW TwinPower Turbo 6 silinder dan kotak gear automatik lapan kelajuan Steptronic.

Enjin menghasilkan 375hp dari 5,200 sehingga 6,250 rpm dan tork 519Nm dari 1,850 sehingga 5,000 rpm dan boleh ditingkatkan sehingga 540Nm melalui input sistem mild-hybrid.

Ciri-ciri BMW X5 Silver Anniversary Edition:

  • Gandingan gayaan Sport dan M Sport Design.
  • Extended Shadowline Trim - Warna gelap pada sekeliling tingkap, rel bumbung, liang udara fender dan gril buah pinggang bercahaya.
  • Lampu gelap Shadowline light depan dan belakang.
  • Rim 20 inci M Star dua warna.
  • Panel kerangka sisi aluminium dari Sport Design untuk gaya off-road.
  • Kerusi sport dengan pilihan Hitam, Kopi, Silverstone Sensafin.
  • Trim Carbon Fiber pada konsol tengah dan papan pemuka.
  • BMW Head-Up Display dan navigasi BMW Maps dengan paparan realiti terimbuh (AR).
  • Plak Silver Anniversary Edition pada konsol tengah.
  • Fungsi pemanas pada kerusi depan, perehat tangan dan stereng.
  • Penghidup enjin kawalan jauh.
  • Penyangkut treler.
  • Sistem bunyi Harman-Kardon Surround.
  • Pakej Bantuan Parkir.

Ciri standard BMW xOffroad Package:

  • Mod xSnow, xSand, xGravel dan xRocks - Melaras ketinggian, strategi penukaran gear, pemetaan pendikit, kawalan cengkaman dan beberapa ciri lain.
  • Suspensi udara 2-gandar untuk menambah ketinggian.
  • Diferensial belakang mekanikal.
  • Plet pelindungan bawah badan.
  • Paparan xOffroad View pada skrin tengah untuk maklumat pelepasan permukaan bawah, kecenderungan olengan dan sudut atau darjah permukaan bumi.
  • Kamera xOffroad menyediakan pandangan permukaan bumi dari semua sudut di luar kereta pada kelajuan di bawah 35 kmj.
  • Diskaun untuk tayar General Grabber All-Terrain.
  • Sistem rak bumbung, pelapik ruang bagasi BMW dan pelapik lantai semua cuaca BMW.

BMW X5 Silver Anniversary Edition 2025 bakal dikeluarkan sebanyak 1,000 buah sahaja bermula Ogos 2024. Harga (MSRP) yang ditawarkan ialah AS$79,900 (RM376,457).

Kepada yang mahukan X5 baharu, BMW telah melancarkannya di pasaran tempatan pada Januari lalu dalam varian tunggal xDrive50e M Sport.

Model hibrid plug-in itu boleh dipandu menggunakan kuasa elektrik sehingga 110 kilometer.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: BMW, BMW X5, BMW X5 Silver Anniversary Edition

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my