• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / McMurtry Spéirling PURE Cipta Rekod Di Litar Hockenheim, Atasi Mercedes-AMG One!

McMurtry Spéirling PURE Cipta Rekod Di Litar Hockenheim, Atasi Mercedes-AMG One!

June 20, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Lupakan sekejap kegilaan kuasa kereta elektrik hiper kerana ada sebuah model 'comel' dengan kuasa luar biasa.

McMurtry Spéirling PURE (Validation Prototype 1) pada 8 Jun berjaya mencatatkan rekod di litar Hockenheimring, Jerman dengan masa 1 minit 24.43 saat.

Catatan di litar dengan jarak 4.574 kilometer (km) itu disahkan penjaga masa bebas dan dipandu bekas pemandu Formula 1, Max Chilton yang juga pemegang rekod di Goodwood Festival of Speed.

Penulis sendiri berulang-kali menonton rakaman McMurtry Spéirling sebelum ini kerana terpesona dengan aksi ibarat lipas kudung. Unit yang digunakan di Hockenheimring adalah versi naik taraf daripada versi Goodwood.

McMurtry Spéirling PURE bukan kereta elektrik biasa tetapi jenis 'fan car' dengan kipas berkelajuan tinggi sehingga 23,000 rpm yang 'menyedut' kereta ke permukaan jalan dan menjana daya mendap tinggi.

Kipas itu bukan sahaja berfungsi ketika kereta bergerak laju tetapi juga dalam keadaan statik.

Satu lagi yang menarik, rekod tersebut dicapai ketika kereta beroperasi pada tahap kuasa 75 peratus dan 75 peratus daya mendap.

Masa yang dicatat 14.1 saat lebih pantas daripada Mercedes-AMG ONE pada 2022. Rekod itu juga 3.907 saat lebih pantas berbanding masa kelayakan DTM pada 2020 dan meletakkan McMurtry Spéirling PURE sebagai kereta tayar tertutup paling laju di litar Hockenheimring.

Kipas yang berpusing laju diganding dengan motor elektrik yang berkuasa 1,000 bhp (745 kW).

Walaupun berkuasa besar, saiz McMurtry Spéirling PURE kecil sahaja dengan tinggi 1.02 meter (m), lebar 1.58 m dan panjang 3.45 m.

Sebagai perbandingan, Perodua Axia berukuran tinggi 1.50 m, lebar 1.66 m dan panjang 3.7 m.

Ciri-ciri McMurtry Spéirling PURE:

  • Sistem Kipas Daya Mendap Berdasarkan Permintaan yang dipatenkan.
  • Sistem bateri 100 kWj.
  • Pacuan roda belakang.
  • 1,000 bhp (745 kW).
  • Kelajuan maksimum 305.7 kmj.
  • 1.02 (t) x 1.58 (l) x 3.45 (p) meter.
  • Berat 1,200 kg.
  • Pengecasan pantas di bawah 20 minit.
  • Monokok gentian karbon bagi memenuhi piawaian sukan permotoran.
  • Pedal dan stereng boleh laras untuk pemandu dengan ketinggian sehingga 6 kaki 7 inci dan 150 kg.
  • Tayar slick 27/65-18 (depan), 30/68-18 (belakang)
  • 100 buah terhad.
  • Penghantaran bermula 2025.
  • Harga daripada GBP£895,000 (RM5,346,538).

McMurtry Spéirling PURE Hockenheimring 2024:

McMurtry Speirling PURE 2023:

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Hockenheimrin, Hockenheimring, McMurtry, McMurtry Spéirling, McMurtry Spéirling PURE

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my