• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha MT-09 SP ABS 2024 Diperkenal di Jepun dengan Ciri Dipertingkat, Harga RM43k

Yamaha MT-09 SP ABS 2024 Diperkenal di Jepun dengan Ciri Dipertingkat, Harga RM43k

June 19, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


YAMAHA Motor Sales Co Ltd memperkenalkan  MT-09 SP ABS 2024 untuk pelanggan Jepun pada 24 Julai depan. Naked bike itu menampilkan prestasi tunggangan dipertingkat dalam skema warna baharu berasaskan Yamaha MT-09 ABS 2024 yang diperkenal sebelum ini.

Antara perbezaan utama berbanding model 2021 adalah talaan suspensi depan dan belakang, termasuk ciri seperti berikut:

  • Suspensi fork terbalik (USD) KYB di depan dan monoshock Öhlins di belakang mempunyai kadar kekenyalan spring dan karakteristik redaman baharu untuk meningkatkan fiil selamat dan menambah baik keselesaan ketika tunggangan berprestasi.
  • Brek Brembo Stylema di depan memberi ekstra kawalan dengan sistem kawalan tunggangan Yamaha Ride Control (YRC) ditambah empat mod Track termasuk paparan meter berserta maklumat sesi di litar. Mod baharu itu adalah tambahan kepada tetapan Sport, Street, Rain, Custom 1 dan Custom 2.
  • Dilengkapi Sistem Pengurusan Brek Enjin (EBM) yang mengawal tahap pembrekan enjin ketika kelajuan diperlahankan atau gear diturunkan ketika sesi trek.
  • Sistem Regulator Gelinciran Belakang (BSR) mengurangkan kuncian roda belakang ketika pembrekan enjin dengan mengawal tahap daya kilas yang dihantar kepada roda. Sistem ini beraksi secara berkesan dalam kondisi cengkaman rendah atau ketika klac antigelincir tidak dapat beraksi sepenuhnya.
  • Penunggang boleh menyah aktif Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) roda belakang.
  • Dilengkapi kunci pintar.
  • Skema warna perak memberi gaya model Yamaha prestasi tinggi dan premium yang ada kaitan dengan YZF-R1M.
  • Dijana enjin 3-silinder sebaris 888cc penyejukan cecair berkuasa 117hp (120ps) @ 10,000rpm, dan tork 93Nm @ 7,000rpm.
  • Kapasiti tangki petrol 14 liter.
  • Saiz tayar 120/70ZR 17M/C (58W)  di depan, dan 180/55ZR 17M/C (73W) di belakang.

Yamaha merancang menjual 1,200 unit MT-09 SP ABS 2024 setahun di Jepun yang ditawarkan pada harga 1,441,000 yen (RM43,050).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, Yamaha, YAMAHA Motor Sales Co Ltd, yamaha mt-09, yamaha mt-09 sp, Yamaha MT-09 SP ABS (2022), Yamaha MT-09 SP ABS 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my