• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Chery Malaysia Buka Kilang Pemasangan Jaecoo Pertama Asean di Shah Alam

Chery Malaysia Buka Kilang Pemasangan Jaecoo Pertama Asean di Shah Alam

June 18, 2024 By Shawkath Leave a Comment

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CHERY Auto Malaysia (Chery Malaysia) membuka Kilang Korporat Chery yang merupakan fasiliti pemasangan tempatan (CKD) pertama di rantau ASEAN untuk subjenama model kenderaan utiliti sukan (SUV) premium Jaecoo di Shah Alam, Selangor.

Model pertama yang melepasi barisan pengeluaran kilang tersebut ialah Jaecoo J7 versi pacuan semua roda (AWD). Difahamkan, varian J7 2WD (pacuan dua roda) juga akan dipasang di kilang sama.

Kilang pemasangan terbaharu itu membuka seramai 500 peluang pekerjaan. Kilang itu akan ditutup selama tiga hari bermula 19 hingga 21 Julai ini untuk meraikan sambutan pelancaran model J7 di Malaysia.

Kilang Korporat Malaysia Chery terletak di zon perindustrian Shah Alam iaitu berhampiran pengeluar tempatan yang penting dalam rantaian bekalan.

Fasiliti itu juga memiliki kelebihan disebabkan berdekatan dengan Pelabuhan Klang menandakan kesediaan pengeluar untuk mengeksport ke negara ASEAN lain pada masa hadapan.

Hadir sama memeriahkan majlis tersebut ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Industri dan Teknologi Maklumat dari China (MIIT), Dr Jin Zhuanglong.

Pengerusi Chery Automobile Co Ltd, Yin Tongyue berkata;

Malaysia ialah sebuah pasaran yang sangat penting bagi Chery. Wawasan kami bagi pasaran Malaysia adalah melangkah maju seiring rakan-rakan tempatan dan pelanggan dalam jangka panjang.”

HALA TUJU EV

Sebelum ini, Chery Malaysia ada membawa masuk beberapa model kenderaan elektrik (EV) penuh dan cekap tenaga untuk previu seperti, Tiggo 8 Pro PHEV, Jaecoo J7 PHEV dan Jaecoo J6 EV.

Chery dalam kenyataan berkata sudah mencipta lebih 1,000 pekerjaan di Malaysia menerusi operasi tempatan dan mempunyai sekitar 100 rangkaian pusat jualan dan servis seluruh negara.

Jaecoo 7 Kilang Pemasangan Chery - 1
Jaecoo 7 Kilang Pemasangan Chery - 2
Jaecoo 7 Kilang Pemasangan Chery - 3
Jaecoo 7 Kilang Pemasangan Chery - 4
Jaecoo 7 Kilang Pemasangan Chery - 5
Jaecoo 7 Kilang Pemasangan Chery - 6
Jaecoo 7 Kilang Pemasangan Chery - 7
Jaecoo 7 Kilang Pemasangan Chery - 8
Jaecoo 7 Kilang Pemasangan Chery - 1
Jaecoo 7 Kilang Pemasangan Chery - 3

Related

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Chery Auto Malaysia, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Yin Tongyue

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev