• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BSH Umum Ketibaan Honda CBR250RR 2024 Versi Dipertingkat, Harga RM27.9k!

BSH Umum Ketibaan Honda CBR250RR 2024 Versi Dipertingkat, Harga RM27.9k!

June 14, 2024 By Shawkath Leave a Comment

299
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOON Siew Honda (BSH) mengumumkan model Honda CBR250RR 2024 versi dipertingkat kini boleh didapati di pasaran tempatan bermula 19 Jun ini (Rabu) pada harga RM27,999, tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Sportbike suku liter itu hadir dalam dua warna pilihan: Mat Zodiac Blue Metallic (biru hitam) dan Honda Tricolor. Berikut perincian Honda CBR250RR 2024:

APA BERUBAH?

ENJIN LEBIH BERKUASA
  • Talaan enjin untuk membolehkan trenkuasa asal jenis 4-lejang dwi-silinder sebaris 250cc DOHC penyejukan cecair 8-injap berkuasa 41.6hp (31kW) @ 13,000rpm dan tork 25Nm @ 11,000rpm.
  • Data output model lama 40.2hp (30kW) @ 13,000rpm, manakala tork kekal sama. Perbezaan melibatkan aspek kuasa kuda sebanyak 1kW (1.34hp) berbanding model sebelumnya.
  • Enjin juga menerima nisbah mampatan lebih tinggi 12.5 berbanding 12.1, leher port masukan lebih besar iaitu 21.6mm berbanding 21.4mm dan piston serta gelang minyak.
  • Volum kebuk pembakaran dikecilkan kepada 7.00 cm3 (model sebelum: 7.55 cm3)
SUSPENSI SHOWA
  • Menggunakan fork terbalik Showa SFF-BP (Separate Function Fork-Big Piston) dengan lejanng 130mm, paip gelangsar Φ37 dan tetapan semula tahap spring.

CIRI SEDIA ADA

  • Sistem klac antigelincir Assist & Slipper Clutch (ASC) membantu mengurangkan beban operasi klac dan mencegah situasi tayar 'melompat' ketika menurunkan gear secara pantas.
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan sistem Throttle-by-Wire (TBW) dengan tiga mod tunggangan Sport+, Sport dan Comfort.
  • Kekal dengan konsep rekabentuk agresif dan pantas. Sistem aerodinamik dan kowl mengurangkan rintangan udara hingga enam peratus.
  • Waranti kekal dua tahun atau 20,000km (mana satu tiba dulu).
  • Perincian lain sama seperti model sedia ada.
Honda CBR250RR - 2
Honda CBR250RR - 3
Honda CBR250RR - 1
Honda CBR250RR - 4
Honda CBR250RR - 1
Honda CBR250RR - 3
Honda CBR250RR - 6
Honda CBR250RR - 5
Honda CBR250RR - 4
Honda CBR250RR - 2

Related

299
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), Honda CBR250RR (2024), roda2, SHOWA SFF-BP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev