• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Serbu Bengkel Upah Pekerja Asing Bawah Umur di Puchong

Polis Serbu Bengkel Upah Pekerja Asing Bawah Umur di Puchong

June 13, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran Aripsom), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, menyerbu sebuah bengkel membaiki kenderaan mewah yang menggunakan buruh asing bawah umur di Taman Perindustrian Puchong Utama, Selangor.

Hasil serbuan itu, polis menyelamatkan lima remaja lelaki berumur seawal 13 tahun yang dipercayai dipaksa bekerja sembilan jam sehari dan selama enam hari seminggu.

Mangsa juga dipaksa melakukan pelbagai tugas seperti menjadi pembantu untuk membaik pulih kenderaan mewah buatan Itali, Jerman, Jepun, dan beberapa negara lain dengan bayaran gaji RM45 sehari.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata;

Hasil pemeriksaan mendapati premis itu beroperasi sejak hampir 20 tahun lalu.

"Semasa serbuan dibuat, semua pekerja dan mangsa sedang melakukan kerja-kerja membaik pulih dan memasang alat ganti kenderaan.

"Fokus utama operasi adalah pengenalpastian mangsa pemerdagangan orang berpandukan Garis Panduan Nasional Mengenai Indikator Pemerdagangan Orang (NGHTI 2.0)."

Polis turut menahan 22 pekerja lelaki warga Myanmar berusia lingkungan 20 hingga 51 tahun ditahan, manakala tiga lagi warga tempatan berusia 41 hingga 46 tahun, terdiri daripada pengurus, pemilik premis, dan akauntan juga ditangkap untuk membantu siasatan.

Kes disiasat bawah Seksyen 14 Akta Atipsom 2007 dan Seksyen 6(1)(c) serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1956/63.

SUMBER: HarianMetro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran Aripsom, Auto Terkini, Guna buruh asing bawah umur, Polis Bahagian D3, Taman Perindustrian Puchong Utama

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
  • MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
    MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev