PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bakal mengaktifkan Smart Lane di 18 kawasan tumpuan bagi memastikan aliran trafik dalam keadaan lancar bersempena sambutan perayaan Aidiladha pada 17 Jun nanti.
Menurut syarikat konsesi itu dalam satu kenyataan menyatakan bahawa lorong kecemasan akan dibuka sebagai laluan tambahan bagi membantu mengoptimumkan penggunaan semua lorong sekaligus meningkatkan kapasiti di laluan yang kritikal.
Orang ramai boleh mengenal pasti laluan Smart Lane melalui pemasangan lampu hijau berkelip untuk menunjukkan laluan berkenaan diaktifkan dan boleh digunakan."
"Selain itu PLUS turut meletakkan papan tanda pemberitahuan dan peringatan di lokasi-lokasi Smart Lane terlibat."
Berikut jenis kenderaan yang boleh menggunakan Smart Lane:
- Kenderaan Ringan
- Kenderaan Persendirian
- Kenderaan Penumpang
Sementara itu, PLUS juga akan memastikan tiada penutupan lorong untuk kerja-kerja penyelenggaraan pada 12 Jun hingga 19 Jun ini, namun pengecualian boleh diberikan bagi kerja-kerja kecemasan, pengalihan kemalangan, dan pembaikan kritikal.
Untuk pengagihan trafik, PLUS turut menyediakan jadual perjalanan digital menerusi aplikasi MyPLUS-TTA.
SUMBER: SinarHarian
Leave a Reply