• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 40 Peratus Pejalan Kaki Maut Akibat Nahas Jalan Raya ialah Kanak-Kanak

40 Peratus Pejalan Kaki Maut Akibat Nahas Jalan Raya ialah Kanak-Kanak

June 12, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PEJALAN kaki bukan hanya tergolong dalam kumpulan pengguna jalan raya paling berisiko,  tetapi juga golongan ketiga paling ramai maut di jalan raya Malaysia.

Secara purata, 562 pejalan kaki terbunuh di jalan raya setiap tahun dan apa lebih menyedihkan adalah sebahagian besar mangsa ialah kanak-kanak dan warga emas.

Infografik dikongsi  laman Facebook Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) mendedahkan dua data kategori kes pejalan kaki paling ramai terkorban iaitu:

  • Warga emas berumur 66 tahun hingga 70 tahun.
  • Kanak-kanak merangkumi 40 peratus kes kematian, kebanyakan mangsa berumur 6 tahun hingga 10 tahun.

Ada empat punca kes kemalangan membabitkan pejalan kaki iaitu:

  • Langgar lari
  • Melintas jalan raya sibuk
  • Melintas jalan bukan di tempat yang disediakan
  • Pemanduan cuai

MKJR juga berkongsi beberapa panduan keselamatan untuk pejalan kaki iaitu:

  • Pakai pakaian berwarna cerah pada waktu siang
  • Pakaian pemantul cahaya untuk waktu malam
  • Berjalan di tempat terang terutamanya semasa melintas
  • Bersifat peka dengan keadaan trafik di sekeliling, simpan telefon bimbit
  • Jangan gunakan fon telinga kerana anda tidak dapat dengar kenderaan menuju ke arah anda
  • Cuba jangkakan tindakan pemandu kenderaan
  • Jangan anggap pemandu kenderaan akan memberi keutamaan kepada anda semasa melintas
  • Gunakan lintasan Zebra, lintasan berlampu isyarat atau jejantas semasa melintas
  • Berjalan di laluan pejalan kaki atau tepi jalan yang bertentangan dengan arah aliran trafik

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Isu Keselamatan Jalan Raya, Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev